Krisis yang melanda Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta mungkin sudah berakhir apabila pengarah tersebut sudah melawat anak mereka, Putri Sara Sefhia buat pertama kali pada hari ini. Penyanyi dan pelakon cantik itu meluahkan rasa syukur di laman Instagramnya apabila ayah bayinya yang kini berusia 9 bulan itu sudah pun datang melawat ke kediamannya di Cyberjaya. "Syukur, Sefhia tidak menangis walau pun terlalu lama tidak berjumpa dengan bapanya. Semoga lawatan ini berterusan demi masa depan anak," luahnya di Instagaram.
Menurut Berita Harian Online, Elly juga seakan memberi peringatan supaya bekas suaminya itu memberikan keutamaan kepada bayi mereka dahulu berbanding perkara yang lain. "Bercinta tidak salah, asalkan hak anak jangan disia-siakan. Jangan dihalang apabila bapa ingin berjumpa dengan anaknya dan jangan asyik bercinta sampai lupa darah daging sendiri," katanya. Sebelum ini, perbalahan antara mereka menyebabkan Azmi tidak pernah melawat anaknya sejak dilahirkan walaupun mahkamah memberinya hak lawatan seminggu sekali. Baguslah kalau macam itu, lupakan sahaja persengketaan lalu, buka buku baru demi si kecil yang tercinta. Apa-apa pun didoakan semoga Elly Mazlein terus sukses dan bahagia. -CARI |
8
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
11
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT