Golongan vegetarian di Britain naik angin apabila dimaklumkan tentang kandungan wang kertas bernilai 5 pound yang baharu dikatakan mengandungi lemak haiwan seperti yang disahkan oleh Bank England.
Memetik laporan The Guardian, sejak dikeluarkan tiga bulan lalu, wang kertas tersebut mengandungi lemak lembu yang sering digunakan untuk pembuatan lilin dan sabun. Menerusi laman sosial Twitter rasminya, Bank England mengesahkan bahan tersebut sememangnya terkandung dalam wang polimer itu. Satu pungutan suara telah dilancarkan untuk menggesa pihak bank menghentikan pembuatan wang baharu itu menggunakan lemak haiwan terbabit dan kira-kira 1,000 tandatangan berjaya dikumpulkan. "Kami menggesa anda (Bank England) tidak menggunakan produk haiwan dalam pembuatan wang yang digunakan oleh rakyat negara ini," jelas mesej yang disampaikan menerusi pungutan suara itu. Bagaimanapun Bank England tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung pungutan suara tersebut.- CARI
|
15
Bagus |
7
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT