CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2419|Reply: 3

Penggunaan Wang Kertas 5 Pound Dimarahi Golongan Vegetarian Britain

[Copy link]
Post time 5-12-2016 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Golongan vegetarian di Britain naik angin apabila dimaklumkan tentang kandungan wang kertas bernilai 5 pound yang baharu dikatakan mengandungi lemak haiwan seperti yang disahkan oleh Bank England.


Memetik laporan The Guardian, sejak dikeluarkan tiga bulan lalu, wang kertas tersebut mengandungi lemak lembu yang sering digunakan untuk pembuatan lilin dan sabun.


Menerusi laman sosial Twitter rasminya, Bank England mengesahkan bahan tersebut sememangnya terkandung dalam wang polimer itu.


Satu pungutan suara telah dilancarkan untuk menggesa pihak bank menghentikan pembuatan wang baharu itu menggunakan lemak haiwan terbabit dan kira-kira 1,000 tandatangan berjaya dikumpulkan.


"Kami menggesa anda (Bank England) tidak menggunakan produk haiwan dalam pembuatan wang yang digunakan oleh rakyat negara ini," jelas mesej yang disampaikan menerusi pungutan suara itu.


Bagaimanapun Bank England tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung pungutan suara tersebut.- CARI

sumber foto: The Guardian



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2016 09:59 PM | Show all posts
apa pendapat ahli agama buddha/vegan/vege di msia? lima ringgit msia mcm x terkecuali jah....kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Golongan nih tak pakai kasut jaket bag kulet babee ke..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 02:42 PM | Show all posts
ntah apa2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046170 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list