Pendaki Malaysia, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, yang hilang di Gunung Damavand, Iran ditemukan meninggal dunia selepas misi pencarian memasuki hari keenam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kelmarin.
Ketua ekspedisi pendakian, Rozaimi Md. Said mengesahkan mayat berjaket merah, berseluar hitam dan memakai but mendaki ditemukan di glasier Yakhar disahkan adalah Syed Redzuan dan kini sedang dibawa keluar dari kawasan pergunungan. “Kawan saya, Mohd Khafiz Bachok yang kini bersama pasukan SAR sedang berjalan keluar bersama jenazah Syed Redzuan." Usaha mencari seorang lagi pendaki, Ramli Abdul Majid, 44, akan diteruskan pagi esok kerana misi SAR terpaksa dihentikan berikutan persekitaran yang tidak selamat, ujar Rozaimi. Sementara itu, setelah diberitahu isteri dan ahli keluarga Syed Redzuan yang berada di Reyney sejak Khamis lalu sedang berunding dengan Kedutaan Malaysia untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia secepat mungkin selepas semua urusan berkaitan selesai.
Reyney adalah bandar terdekat dengan tempat mula mendaki Gunung Damavand yang berketinggian 5,610 meter dari paras laut. Dua pendaki itu, Syed Redzuan Syed Salim Shatri dan Ramli Abd Majid disahkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 November selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain. - CARI |
18
Bagus |
10
Marah |
27
Terkejut |
7
Sedih |
13
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT