Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 37 cedera berikutan sebanyak 56 kenderaan bertembung antara satu sama lain di lebuh raya yang dilitupi ais di utara China kelmarin.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, pelanggaran besar-besaran yang membabitkan kereta dan trak itu terjadi susulan salji yang turun membawa kepada penglihatan terhad dan keadaan jalan yang licin dan berais di lebuh raya Jingkun dekat Yangquan, wilayah Shanxi. Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan usaha menyelamat berakhir 12 jam kemudian. Operasi menyelamat telah dijalankan melibatkan polis, bomba, doktor dan pegawai kerajaan. Mereka yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan polis terus menyiasat punca kemalangan, kata pihak berkuasa. Jalan kini disekat di kedua-dua arah, manakala bangkai kenderaan sedang dibersihkan. - CARI |
25
Bagus |
20
Marah |
23
Terkejut |
20
Sedih |
32
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT