CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1959|Reply: 5

17 Maut Akibat Pelanggaran Besar-Besaran Yang Membabitkan 56 Kenderaan

[Copy link]
Post time 22-11-2016 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 37 cedera berikutan sebanyak 56 kenderaan bertembung antara satu sama lain di lebuh raya yang dilitupi ais di utara China kelmarin.


Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, pelanggaran besar-besaran yang membabitkan kereta dan trak itu terjadi susulan salji yang turun membawa kepada penglihatan terhad dan keadaan jalan yang licin dan berais di lebuh raya Jingkun dekat Yangquan, wilayah Shanxi.


Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan usaha menyelamat berakhir 12 jam kemudian.


Operasi menyelamat telah dijalankan melibatkan polis, bomba, doktor dan pegawai kerajaan.


Mereka yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan polis terus menyiasat punca kemalangan, kata pihak berkuasa.


Jalan kini disekat di kedua-dua arah, manakala bangkai kenderaan sedang dibersihkan. - CARI

sumber foto: South China Morning Post
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 05:58 PM | Show all posts
terkejut ingat di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 06:05 PM | Show all posts
elok spesis2 nie terus tunggang basikal saja  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 06:45 PM | Show all posts
sana ramai,
kemalangan maut pn ramai juge.

klula malaysia ada salji,mau berpuluh2 org terbunuh stiap 1 eksiden..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
memang huru hara la keadaannya. tak jangka salji nak turun ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Di China setakat 17 mati ok jer, beratus juta lagi umat ting tong dia ada lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.280282 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list