Diumumkan finalis Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) menerusi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan tahun ini sekali lagi akan berentap di pentas berprestij itu dengan lagu Setia ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong.
Tidak menyangka namanya akan tersenarai sebagai finalis, Elizabeth bagaimanapun gembira apabila lagu Setia, ciptaan Faizal Tahir berjaya ke AJL31. “Ketika membuat persembahan pada Separuh Akhir Pertama Muzik Muzik 31, saya rasa ada beberapa kekurangan dalam nyanyian saya. Berbanding Knock Knock, genre untuk lagu Setia lebih berat dan serius. “Kalau dilihat daripada senarai lagu yang bertanding, persaingannya sangat sengit kerana semua lagu ada kekuatan tersendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Kejayaan kali kedua ini sememangnya menyemarakkan lagi semangat Elizabeth untuk terus memperkukuh kerjaya dalam industri muzik tanah air yang dimonopoli penyanyi Melayu. Sementara itu, penyanyi itu turut giat mempromosikan single baru ciptaannya bersama Audi Mok dan Shazee Ishak, Tabah yang turut menjadi bualan peminat. - CARI |
27
Bagus |
31
Marah |
30
Terkejut |
24
Sedih |
15
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cikmouse replied at 14-11-2016 07:52 PM
Good luck lizzy..apa2 pn..iols likeee lagu setia versi solo FT..very ohsem lor..
melinda_kerr replied at 14-11-2016 11:30 PM
haukke? iols dgr ok je dia nyanyi compare dgn lagu hang pi mana. paling tak puas hati kenapa Ezad ta ...
ADVERTISEMENT