Gambar seorang kanak-kanak perempuan lengkap berpakaian sekolah dirantai kaki serta dikunci di tiang elektrik mula tersebar di laman sosial sejak semalam. Lokasi kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah pangsapuri di Sunway tetapi hingga kini masih belum ada maklumat jelas mengenai insiden ini. Namun menurut pemerhatian kami, ada komen-komen dari pengamal media sosial menyatakan punca kanak-kanak perempuan itu dirantai oleh ibunya kerana ponteng kelas bahasa Cina. Apa pun alasan, rata-rata netizen berpendapat tindakan merantai anak seperti itu amatlah tidak wajar kerana secara tak langsung telah memalukan kanak-kanak itu dikhalayak umum. Hukuman "kejam" yang diberikan oleh ibunya itu juga pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada mental kanak-kanak ini sehingga boleh menjadi satu trauma buat dirinya. Sebelum lebih banyak spekulasi timbul mengenai gambar ini, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tentang insiden ini bolehlah tampil membuat laporan polis dengan segera supaya siasatan mengenai insiden ini dapat dijalankan. - CARI |
32
Bagus |
23
Marah |
23
Terkejut |
22
Sedih |
32
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT