Siapa di sini yang belum lagi kenal atau rasa benda putih yang dinamakan tempe ini? Ia selalunya dibungkus dalam surat khabar atau plastik. Kalau budu sinonim dengan orang Kelantan, kimchi sinonim dengan orang Korea, tempe pula sinonim dengan masyarakat Jawa kerana banyak jenis hidangan selalu dihasilkan menggunakan bahan tersebut. Rugi besar kalau selama ini tidak mengetahui khasiat yang terkandung di dalamnya, tambahan lagi ia dikatakan dapat membantu mencantikkan wajah. Wah, mesti gembira wanita di luar sana bila tahu benda ni kan? Ini antara khasiatnya: 1. Menurut Timbalan Dekan dan Profesor Pemakanan Dietetik UKM pula, tempe sebenarnya mengandungi khasiat kalsium yang setanding dengan susu. 2. Penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM menyatakan tempe mampu menjadikan kulit wajah lebih cerah tanpa meninggalkan kesan bahaya dan boleh menjadikan diri sentiasa nampak awet muda. 3. Mampu mengurangkan kolesterol, meningkatkan kepadatan tulang, mengurangkan gejala menopaus, dan kualiti protein yang sama seperti daging. 4. MengandungI zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah, sangat elok untuk mereka yang ada darah tinggi. 5. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi cirit birit dan boleh mengelakkan keracunan makanan. Pendek kata, lepas ini semua boleh pakat beli dan masak tempe yang bukan sahaja sedap, banyak khasiat malahan harganya pun murah sahaja. -CARI
|
37
Bagus |
38
Marah |
34
Terkejut |
31
Sedih |
27
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
senduhazab replied at 26-10-2016 04:44 PM
Testimoni kan hade....licin & halus je kulitnya.... Kuar jail terus dpt bini baru
siskepoh replied at 26-10-2016 06:26 PM
siapa? sis xbrapa faham. sorry bertanya
senduhazab replied at 26-10-2016 07:00 PM
Sis carilah exMB negeri termaju di Mesia yg terkenal dgn Wong jowo (iolsss la antaranya...) ...
ADVERTISEMENT