Sebelum ini timbul pertikaian hangat berhubung nama makanan Pretzel Dog yang mempunyai perkataan 'Anjing' telah menyebabkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) enggan meluluskan pembaharuan sijil halal buat rangkaian kedai terkemuka Auntie Anne's.
Terbaru, timbul lagi masalah halal haram sejenis burger berisi daging babi yang mempunyai nama berbunyi Melayu iaitu P.Ramly. Menurut laporan Malay Mail, pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, sebuah restoran makanan segera di Damansara yang menggunakan nama “P.Ramly” untuk produk burger daging babi didakwa menimbulkan kekeliruan pelanggan Islam. Manakala, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas restoran berkenaan.
"Sekiranya gambar burger tersebut dipaparkan di tempat kaunter khidmat pelanggan, restoran tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pelindungan Hak Pengguna tahun 1999." Menurut Nadzim lagi, restoran tersebut terletak di sebuah pusat membeli belah di Damansara. Di luar restoran terpapar satu poster yang menunjukkan sejenis burger yang dinamakan "P.Ramly" dengan menyatakan burger P.Ramly mengandungi daging babi yang berjus banyak dengan campuran telur goreng bergulung, sayur segar, bawang, sos thousand island dan sos cili. Walaupun pihak restoran memaklumkan, perkataan ‘P’ merujuk “pork” atau daging babi, manakala nama Ramly pula sudah lazim dalam masyarakat Malaysia, tetapi difahamkan telah terdapat dua wanita membuat aduan bahawa perkataan "P.Ramly" membuatkan mereka rasa amat mengelirukan. Mereka berpendapat, tindakan restoran boleh dianggap “tidak menghormati” seniman ulung negara Tan Sri P Ramlee. “Walaupun ejaan berbeza tetapi sebutan bunyinya hampir sama. P Ramlee adalah nama besar di negara ini.” Sementara itu, seorang pelanggan Nurhafezah Che Haludin yang ditemui akhbar itu mendakwa hampir terpedaya dengan label “P.Ramly”, tetapi mujur beliau tidak membelinya. Iklan penjualannya diletakkan pada laluan bebas orang awam, seolah-olah mahu menarik perhatian semua pengguna termasuk umat Islam, perbuatan ini menimbulkan kekeliruan.- CARI
|
26
Bagus |
39
Marah |
23
Terkejut |
21
Sedih |
22
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 25-10-2016 10:49 AM
gigih set2 kapir lahanat bg nama gituh utk produk mereka apa x cukup nama2 kapir yg sesuai utk digun ...
insulin replied at 25-10-2016 10:54 AM
Kann. Pakai sajalah nama2 bukan muslim. William ke. John ke.
Ini nak juga letak nama Ramlee. Ha ...
bangcak replied at 25-10-2016 11:13 AM
nape tak guna nama najib?
kan jauh lebih fofular 1malaysia.
pyropura replied at 25-10-2016 10:58 AM
... dah disebut juicy pork patty pun Moslem masih confuse.... tak tau nak kata apa lagi lah betapA t ...
ADVERTISEMENT