Sejak kebelakangan ini, ada saja perkara pelik berlaku pada haiwan peliharaan, antaranya sebelum ini ada kelahiran anak kambing yang berwajah mirip manusia di Perlis.
Terbaru bertempat di Taylor County, Kentucky, terdapat seorang peladang bernama Stan McCubbin, yang duduk bersama keluarganya dekat Campbellsville terkejut apabila lembu mereka melahirkan seekor anak bermuka dua. Memetik laporan portal online insideedition.com, Stan McCubbin berkata, pada asalnya dia menyangka lembu itu melahirkan anak kembar kerana nampak dua hidung namun apabila meneliti lebih dekat barulah terperanjat besar kerana anak lembu itu ada dua muka.
Selepas beberapa hari anak lembu itu kelihatan sihat namun ada beberapa masalah, termasuk empat matanya tidak berkelip. Ia boleh berdiri tetapi hanya berjalan dalam bulatan sebelum jatuh. Bagaimanapun, anak lembu itu boleh makan walaupun memerlukan bantuan untuk menyuapnya. Selain itu, kedua-dua mulutnya bergerak serentak. Keluarga itu menamakan anak lembu itu Lucky (Bertuah) kerana menganggap ia amat bernasib baik kerana masih hidup selepas dilahirkan dalam keadaan itu. Isteri peladang itu, Brandy McCubbin, bagaimanapun berkata: “Melihat keadaannya, saya terfikir berapa lama masa mereka ada untuk bersama Lucky.” Menurutnya, ramai orang datang ke ladang mereka untuk melihat keunikan anak lembu itu.- CARI |
15
Bagus |
23
Marah |
28
Terkejut |
28
Sedih |
36
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT