CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bosan Menjadi Manusia, Lelaki UK Memilih Jadi Kambing

21-7-2016 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 19580| Komen: 87

Description: Di England, seorang lelaki menganggap kehidupannya menjadi manusia mencabar
Oleh : TS LOO


Lazimnya kalau seseorang itu berdepan masalah dalam kehidupannya, pelbagai cara akan dilakukan untuk mengembalikan keyakinan diri dan erti sebenar untuk terus hidup. 


Contohnya pergi bercuti ke tempat yang menjadi impian untuk dikunjungi bersama orang yang tersayang atau seorang diri.



Tetapi, berikutan kecewa dengan kehidupan yang dialaminya, lelaki berasal dari United Kingdom sanggup seorang diri pergi ke kawasan pergunungan Swiss untuk menikmati kehidupan sebagai seekor kambing. 

Justeru, dia mendapatkan sepasang kaki kambing dan usus kambing buatan manusia yang boleh menghadam rumput hijau untuk dirinya.


Lelaki yang dimaksudkan itu bernama Thomas Thwaites, sebelum itu dia menetap di London, berdepan masalah pengangguran dan masalah peribadi serta bosan dengan kehidupan di bandaraya.

Suatu hari dia mendapati anjing yang dibela oleh rakannya kelihatan sungguh ceria, dan keadaan tersebut membuatkannya teringin menjadi haiwan. Pelik, kan?

Setelah memikirkan ia secara mendalam, Thomas Thwaites akhirnya memilih untuk menjadi seekor kambing. 



Bagi menyesuaikan diri dengan tabiat makan rumput seperti kambing, dia memasang usus buatan manusia di bahagian pinggangnya. 

Pelbagai cabaran dialaminya ketika hidup sebagai kambing, contoh seperti sering terjatuh ketika merangkak bersama kumpulan kambing, dan sebagainya.

Selain itu, kewujudannya tidak diterima oleh sekumpulan kambing dan menganggap dia sebagai spesis asing, malah ada yang cuba menyerangnya.



Namun, akhirnya seekor kambing kelihatan mengekorinya ke mana saja dan cuba menyentuhnya melalui hidungnya.


Menurut seorang pengembala kambing, tindakan kambing tersebut menandakan Thomas Thwaites telah diterima sebagai spesis mereka.  Thomas Thwaites rasa terharu dengan apa yang terjadi. 


Kehidupan menjadi kambing beri inspirasi kepada Thomas Thwaites bahawa manusia wajar belajar daripada kambing dalam usaha menjalani kehidupan dengan lebih relaks, ini kerana kambing didapati lebih tahu menikmati kehidupan daripada manusia. Apa pendapat anda?- CARI






sumber info : http://i.dailymail.co.uk/
8

Bagus

Marah
11

Terkejut
2

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WeAiNe 21-7-2016 03:40 PM
aduhai bodoh bertingkek tingkek dari kambing
Quote maxgamer82 21-7-2016 04:07 PM
xde faedah langsung,bukan boleh dimakan..
Quote epis 21-7-2016 04:13 PM
haha... adoii, mmg la kene serang, ko pon bukannye ade rupa kambing... nape tak jadi gorilla ke, kupu2 ke, hahah...
Quote Emperor95 21-7-2016 04:14 PM
diharapkan dia dapat belajar bahasa kambing.
Quote kucen_miang 21-7-2016 04:27 PM
tuan kambeng sila perhatikan perkembangan kambeng2 betina anda.
Quote alaa 21-7-2016 05:11 PM
pulak... ko dah kenapaaaa
Quote AMDTurion 21-7-2016 05:15 PM
haha.....

dimanakah akalnya?
Quote rastaf 21-7-2016 05:24 PM
kucen_miang replied at 21-7-2016 04:27 PM
tuan kambeng sila perhatikan perkembangan kambeng2 betina anda.


aku rasa dia perisik. nak tackle anak tuan kambing
Quote Artemesiaa 21-7-2016 05:28 PM
Dah pernah ada siaran ulangan
Quote cm_asamkumbang 21-7-2016 05:50 PM
kenapa jadi kambing..jadi la rama rama ..cantik sikit..
Quote Ipo 21-7-2016 06:10 PM
nasib baik dia tak buat tatoo mcm lelaki yg ubah dirinya macam cicak ke hapa dulu tu..

Quote harisanis 21-7-2016 06:22 PM
ntah ape2 dia ni, elok2 jd manusia nk plak ko jd kambing...escapism dr dunia nyata eh
Quote khairul88hazwan 21-7-2016 06:39 PM
Cuba jadi buaya tengok
Quote cucuq 21-7-2016 06:46 PM
daging kamibng sedap daging ko xtau sedap ke dok...pelik2 manusia ni.
Quote rigorsamsa 21-7-2016 08:34 PM
ni bru btul masuk kandang kambing mengembek
Quote gigahertz 22-7-2016 06:09 AM
harisanis replied at 21-7-2016 10:22 AM
ntah ape2 dia ni, elok2 jd manusia nk plak ko jd kambing...escapism dr dunia nyata eh

Manusia banyak konflik. Especially duduk bandar. Dengan jammed. Dengan jenayah.
Quote Jajabeans 22-7-2016 08:17 AM
stress aku pagi2 baca cite cmni
Quote chichik 22-7-2016 09:05 AM
orang mcm ni pun adooo alahaii
Quote CrowneGlory 22-7-2016 10:02 AM
kokesen sewel

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.076535 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top