CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Demi Kebersihan Johor, Pasangan Suami Isteri Kutip Sampah Setiap Hari

8-9-2016 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7445| Komen: 21|Original author: TS LOO


sumber foto: Akaun FB Zaki


Sekiranya anda sesuka hati membuang sampah di merata tempat, merekalah yang akan mengutip satu demi satu sampah yang dibuang oleh anda demi menjaga kebersihan kawasan persekitran. 

Netizen bernama Zaki memuat naik beberapa keping gambar di facebooknya, yang menunjukan dua orang warga asing dengan bersarung tangan mengutip semua sampah sarap di sepanjang jalan dengan bersarung tangan, kemudiannya guna beg plastik yang berwarna merah bungkus dengan elok sampah tersebut.

Zaki menyatakan dalam status, pasangan warga asing ini setiap hari akan berada di tepi jalan di kawasan Taman Bukit Dahlia, Johor untuk mengutip sampah sarap. 

"Mereka mengutip sampah sarap yang dibuat oleh kita, ke mana pergi tanggungjawab kita semua?"



sumber foto: Akaun FB Zaki 
sumber foto: Akaun FB Zaki 

Kenyataan di statusnya dalam masa sehari sahaja telah dikongsi oleh puluhan ribu orang. 

Terdapat seorang netizen memberi komen dengan menyatakan, pasangan warga asing itu adalah jirannya sambil memaklumkan mereka itu tinggal di Taman Bukit Dahlia, dan setiap pagi pasti akan lihat mereka berdua mengutip sampah di sekitar kawasan perumahan. 

Menurut komen dari netizen tersebut, pasangan suami isteri tersebut berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan telah menetap di Malaysia selama 10 tahun.

Seorang lagi netizen Rose pula beritahu, bagi mereka Malaysia adalah merupakan rumah yang kedua, mereka sangat suka kebudayaan, cuaca dan makanan Malaysia, mereka sedang berusaha belajar bahasa Melayu. 


sumber foto: Akaun FB Zaki (Rose beri komen)

Tambah Rose lagi, sebenarnya dialah guru bahasa Melayu bagi mereka berdua dan turut memuat naik sekeping gambar yang diambil bersama mereka.

Kelakuan pasangan warga asing itu memberi kesedaran buat kebanyakan netizen terhadap tabiat membuang sampah merata yang buruk, rata-rata turut memuji mereka berdua dan rakyat Malaysia wajar mencontohi mereka.


Komen netizen yang lain :

# hari itu ketika di tandas saya nampak seorang warga asing mengutip semua tisu yang berada di sinki dan dibuangkan ke dalam tong sampah, kemudian juga mencuci lantai dan membersihkan cermin. Dia tidak mempedulikan pandangan orang-orang di sekelilingnya. 

# Yang paling memalukan saya adalah ketika memasuki pesawat, penumpang tempatan biasanya akan berebut untuk dapat tempat duduk, tetapi warga asing khususnya orang putih mereka tidak akan bertindak begitu, ada kala kita beri tempat pada dia, mereka pun tak nak.

# Saya pernah bekerja di restoran makana segera, orang putih apabila sudah habis makan, mereka akan kemas sendiri dan buang sampahnya, tindakan sedemikian meringankan kerja saya. 



Ada seorang netizen berpendapat, sekiranya inginkan Malaysia maju jaya, kita semua tidak harus menanya kenapa pihak majlis perbandaran atau kerajaan tempatan tidak menjalankan tugas mereka, sebaliknya kita semua harus mengambil inisiatif sendiri menjaga kebersihan di kawasan persekitaran kita dan bukan hanya jaga kawasan rumah sendiri sahaja, mengelakkan buang sampah sesuka hati di kawasan lain. 

Ingat, menjaga kebersihan tanggungjawab bersama! - CARI
23

Bagus
23

Marah
20

Terkejut
31

Sedih
37

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pahlawanbandar 8-9-2016 03:21 PM
amalkan sifat pembersih ni bagus sebenar
Quote missinpiece 8-9-2016 05:07 PM
Sikap mcm nila patut dicontohi..
Quote FARRAZOOL 8-9-2016 06:19 PM
Terbaik....
Quote Joannalee 8-9-2016 09:35 PM
bgs la
Quote mirandanicky1 8-9-2016 10:26 PM
Sikap yg mulia..malunya kitaaa
Quote ciwi1166 8-9-2016 10:42 PM
so mane pergi Bangsa Johor? hehehe
Quote RatuDunia94 9-9-2016 10:25 AM
Depan rumah mak aku ada jalan besar... Tiap2 hari org buang sampah.. Penat kami nk mengutipnya... Nak je aku baling kete seko2 dgn buah mangga...
Quote DeMax 9-9-2016 03:51 PM
ciwi1166 replied at 8-9-2016 10:42 PM
so mane pergi Bangsa Johor? hehehe

You mean Jawa Darul Takzim????
Quote iu12 9-9-2016 04:53 PM
Bila kita semua nak ada kesedaran macam ni?
Quote epal21 10-9-2016 06:04 AM
kebersihan sebahagian daripada iman tapi orang yg belum beriman yg lebih menjaga kebersihan.
Quote hanisbunny 10-9-2016 07:18 AM
malunye I yang dok malaysia ni.. tp mmg self motivated mat2 salleh ni tggi.. same jugak dgn jepun n korea.. jiran kita singapore tu pon same.. maybe enforcement kene kuat lg kot dkt malaysia ni.. tp Iolss pelik gak kite ni negara islam.. bukan bnd yg paling asas kite patut tahu selain solat adalah pasal bab2 kebersihan kan.. haishh..
Quote manjalara_01 10-9-2016 02:42 PM
hhmm...manja xyah nak gi kat public place nak tgk sampah masyarakat ni..

mcm kat rumah manja..bile nk bukak gate ( gate auto old school..yg 1 way tu kan)
kadang stuck separuh jalan...nape? sbb tiap2 hari ade je sampah org buang kat luar rumah gate manja tu
stuck kat situ..so gate rumah pun stuck jgk.....kalau x straw minum, btol mineral, ke beg plastik ke u name it!


agaknye kalau manja duk rumah flat, bukak pintu rumah je ade sampah..

yg penting AURAT tu..tu je ....sampah buang merata x dosa pun kan? ..who cares??...that's why sampah merata2..
Quote manjalara_01 10-9-2016 02:47 PM
RatuDunia94 replied at 9-9-2016 10:25 AM
Depan rumah mak aku ada jalan besar... Tiap2 hari org buang sampah.. Penat kami nk mengutipnya... Na ...

cube try x kutip sampah kat situ..nnt bile dh bertimbun xde sape nak park situ dah
Quote manjalara_01 10-9-2016 03:22 PM
hanisbunny replied at 10-9-2016 07:18 AM
malunye I yang dok malaysia ni.. tp mmg self motivated mat2 salleh ni tggi.. same jugak dgn jepun n  ...

mungkin kan sbb "jgn buang sampah merata tempat" / "jaga kebersihan" tu
diterap masa kat rumah dan kat skolah je...

jadi bile kat luar skolah & rumah..."havoc" jadinye..


Quote alieyrina 10-9-2016 04:54 PM
M.d aku yg bukan org mesia..kalau jln dlm kampeni nampak sampah dia kutip n buang..wlaupun sampah kecik..
Quote RatuDunia94 10-9-2016 07:51 PM
manjalara_01 replied at 10-9-2016 02:47 PM
cube try x kutip sampah kat situ..nnt bile dh bertimbun xde sape nak park situ dah

bukan masalah org park keta.. iols x kesah org nk park kete kt situ.. masalahnya org yg lalu lalang kt situ suka hati buang sampah dr tingkap kete..
lgpon kalo iols x kutip sampah tu nanti org ingat mak iols pengotor biarkan sampah dpn rumah..

Quote manjalara_01 10-9-2016 08:17 PM
RatuDunia94 replied at 10-9-2016 07:51 PM
bukan masalah org park keta.. iols x kesah org nk park kete kt situ.. masalahnya org yg lalu lalan ...

i see..ingatkan org yg park kreta kat situ yg buang sampah..

tp senang2 je kan org buang sampah sambil jalan..antara sbbnye i rs cause die org x fikirkan org lain..
cume fikirkan diri sndiri..attitude tu yg kena buang sebenarnye bukan sampah..dari selfish buang jadi la selfless skali skala..
Quote IrfanSYT 10-9-2016 09:16 PM
perkara sebegini sememangnya perlu dicontohi oleh masyarakat tempatan padahal ini merupakan 'rumah' kita, malulah juga kalau tetamu yg 'membantu kemaskan rumah' kita.
Quote xtravaganza 12-9-2016 12:07 PM
Mmalukan btl.. Aritu aku kat tepi jln, slmba badak bkak tngkp nk buang kulit kacang.. Mcm tutttttt.. Aku xtaw dia dgr ke x aku carutkn dia.. ::

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.413607 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top