CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesian, Masa Kecil Dulu Tak Diajar Cara Buang Sampah Agaknya!

16-11-2015 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 13467| Komen: 27

Description: Hanya dengan sehelai tisu pun, nyawa orang lain mungkin boleh melayang
Oleh Izzah Abbasy

Tabiat membuang sampah melalui tingkap kereta bukanlah perkara baru. Memang dah perangai sejak kecil agaknya kan? Betulkah begitu? Ya, adakalanya ia memang perangai sejak azali. Bila dah besar, menyusahkan orang sahaja.



Kadang-kadang kesian tengok perangai manusia sebegini. Bukan apa, biasanya orang seperti ini nak pastikan dalam kereta dia bersih tanpa secebis sampah pun. Tapi boleh pula sampah dibuang terus melalui tingkap keretanya tanpa segan silu dan tanpa kesedaran sivik. Kalau beruk atau monyet mungkin bolehlah buang samapah merata-rata sebab dia tak ada akal.



Pernah tak, sedang syok dan fokus memandu, tiba-tiba kereta depan buang sampah keluar melalui tingkap kereta mereka kemudian terkena pula cermin hadapan kereta kita, tak ke naik angin. Tak pasal-pasal boleh kemalangan. Iyalah, terkejut kan? Hanya dengan sehelai tisu pun, nyawa orang lain mungkin boleh melayang.

Itu cerita mengenai kereta. Jika tiba-tiba ada motosikal yang terlanggar atau sampah tersebut mengenai diri mereka, bukankah motor mereka boleh terbalik dan jatuh? Lebih-lebih lagi di tempat selekoh.



Lagi kesian dan sedih apabila anak kecil yang membuang sampah melalui tingkap kereta. Daripada mana anak kecil itu belajar? Sudah tentulah daripada ibu bapa yang melakukan amalan kurang bijak tersebut. Betul tak? Anak-anak ini segala tingkah laku ibu bapa mereka, pasti akan diikuti dengan cepat. Ibarat 'bapa borek anak rintik'.

Walaupun isu ini nampak ringan, kecil dan tak penting pun bagi segelintir orang, tapi impaknya sangat besar terhadap alam sekitar dan kebersihan persekitaran di Malaysia.


Didik hati, didik diri sendiri dan ajar anak-anak untuk larang buang sampah melalui tingkap ini. Sediakanlah plastik di dalam kereta dan apabila sampai ke destinasi atau tempat rehat, buanglah sampah tersebut dalam tong samapah yang disediakan. - CARI Infonet


Kredit foto : Google

9

Bagus
15

Marah
8

Terkejut
23

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 16-11-2015 04:56 PM
selalu gak nampak orang buang sampah dari dalam keta masa benti kat trapik lite. rasa cam nk amik and buang sampah tu msk balik dalam keta dia.
Quote MsKathryn 16-11-2015 05:23 PM
Tak bertamadun pye org..
Quote mongoose_kidz 16-11-2015 06:14 PM
ini mmg manusia paling x bertamadun..
dia nak kereta dia bersih tp cara senang
tmpat lain kotor xpe...
kete besar kete kecik sama je. Kadang2 berenti kat traffic light ade je buang tisu la plastik la..nk snap kang kita kena hencap blk coz guna nset dlm kete
Quote Artemesiaa 16-11-2015 06:45 PM
Tu belum masuk musim buah lagi habis dibaling segala kulit rambutan langsat manggis ikut tingkap.  Kan ke lagi elok masukan dalam plastik dulu kulit buah-buahan tu nanti bila dah sampai ke tempat yang dituju boleh le buang sekali harung.
Quote nizamXF 16-11-2015 06:51 PM
Quote mokcikKSKB 16-11-2015 08:59 PM
Sendu je thred ni..sbb ape agaknya?sbb majority porumer spesis ni jugak.kalau kat pahang particularly kat kuantan tu penuh sampah esp botol kat tepi jalan.sorry to say negeri tp muslim ramai negeri tu lah yg paling kotor.contoh paling hampir is kelantan.serius nk muntah tgk pemandangan sepanjang perjalanan dia.even shop mall dia pon geli gelemen ngan kekotoran nya.
Quote edee_91 16-11-2015 09:18 PM
mokcikKSKB replied at 16-11-2015 08:59 PM
Sendu je thred ni..sbb ape agaknya?sbb majority porumer spesis ni jugak.kalau kat pahang particularl ...

sendu sebab masuk kad bod viral.

Quote faraway1 16-11-2015 10:21 PM
tahun dah 2015, still nak cita pasal camana nak buang sampah,
bosan gue, takkan nak buang sampah pun nak diajar...
Quote nicuya 17-11-2015 08:55 AM
bende simple pon nk kne ajor......nmpk sgt bodohnye kat situ....
aku pon bru je membebel kat ank sedara sbb tnampak die buang sampah kat area taman....aku suh die sumbat sampah dlm baju die smpi nmpak tong sampah..sebakul kne..padan muka...sekolah mcm x sekolah...
Quote Skuau 17-11-2015 10:05 AM
Aku bru tgk kes cm ni smlm...ada bdk(agk2 bwh 25 taun) selamba jer buang kotak rokok dr keta dia time bhenti kt trfk light....
Quote niieza 17-11-2015 11:22 AM
aku rasa..cctv perlu dipertingkatkan lagi..kalu dulu cctv tu tangkap pesalah jalan raya..apa kata upkan lagi...tangkat pemandu or pnunggang kenderaan/motor buang sampah merata2...xpun pasang kamera..tangkap terus gambar diaorg tgh buang sampah kat jalan raya

p/s: kalu diri seseorang tu xde kesedaran ..buat peraturan mcm mana pun..confirm akan langgar juga...bila ditegur...mula la mcm2 benda yg kuar dr keta..kononnya nak tunjuk samseng...
Quote skinsandstars 17-11-2015 11:30 AM
Benda ni ialah satu benda yg sgt basic common sense tp masalahnya tidak ramai yang pndai gunakan akal. Yg penting kreta sendri bersih. Luar kotor xpa.
Quote revolusi_30 17-11-2015 11:34 AM
Selalu akak tengok plat D yg banyak buat gini.  Pakai kopiah x pakai kopiah. Sama jah.
Quote yayangmama 17-11-2015 03:04 PM
saya kan....hahaha....slalu husb kata kat opis xjumpe tong sampah ek...

sbb slalu ngunyah jajan tamtam dlm keta...plastik dia buang je kt tpt kaki...

balik keje xsmpt nak kemas husb da masuk keta dulu...

hehehe...kalau dengan anak pon sama, anak da gune tisu...sy xbagi buang kt lua...bia lah kat tepi pintu keta tu

nanti malam saya pungut

saya lebih rela camtu...sebab sendri sakit mata tgk org sesuka je buang kulit rambutan la, tisu la...tengah2 kereta bergerak...

Quote dek_ya 17-11-2015 04:05 PM
Sy pernah tgk org buang sampah kulit durian dari dlm kereta time berenti di traffic light.. nasib dia x campak keluar time kereta gerak, kena kepala org mau berdarah...
Quote clarizsa 17-11-2015 07:18 PM
mmg sakit ati tgk.. ade yg selambe je buang kulit rambutan bagai..

mujur i dr kecik diajar jgn buang sampah merata..

beza dgn hubby i dr pantai timur, mula2 kenal buruk perangai..
tp skrg dh ikut perangai i.. x pengotor dh..
Quote cmf_conan 17-11-2015 11:00 PM
bukan tak reti tapi PEMALAS!
Quote mongoose_kidz 18-11-2015 08:04 AM
revolusi_30 replied at 17-11-2015 11:34 AM
Selalu akak tengok plat D yg banyak buat gini.  Pakai kopiah x pakai kopiah. Sama jah.

haa..wlaupun bunyinya agk kenegerian,tp yg ni mmg aku setuju..sbb skarg aku keje kat negeri no plat D ni la...
selmba je buang smpah merata...tgk2 pakai kopiah..aku nk je turun kete n sound..tp kang kena belasah lak
tgk jela kat longkang sebelah pasaraya pntai timur ( org sana mst tau pasaraya ni)
penuh giler ngan smpah..smpai aku rase smbil diorg duduk atau bersidai kat tepi laluan tu diorg mkn kopok ke air ke terus cmpak buang plastik dlm longkang..senangnya hidup.xde effort nk cari tong smpah
bukan nk kata negeri lain xde..ade gak tp x ketara
sori mmbebel pjg..huhu
Quote mizz_fatyn 19-11-2015 09:08 AM
aku sendiri buang sampah dlm keta jek..takde nak buang merata2

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.199117 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top