CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tukang Angkut Sampah Dianggap Macam Hero Di Jepun" - Netizen

11-5-2016 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12820| Komen: 27

Description: Menceritakan bagaimana dia dan rakan-rakannya juga dari Malaysia bekerja sebagai tukang angkut
oleh Adib Za



Bukan semua orang yang sanggup untuk bekerja sebagai tukang angkut sampah, bukan begitu?

Maklumlah ia bukan sahaja kotor malah dianggap sebagai kerja orang yang tak berpelajaran.

Namun, berbeza dengan netizen ini. Dia menceritakan bagaimana dia dan rakan-rakannya juga dari Malaysia bekerja sebagai tukang angkut sampah di Jepun. 

Jadi, apa yang bagusnya dan seronok sangat dengan pekerjaan mereka ini? Menurut netizen yang bernama Ahmad Zul ini, gaji yang ditawarkan memang sangat lumayan iaitu sekitar 10,000 yen yang bersamaan RM400 sehari. 

Bayangkan jika sebulan berapakah pendapat yang mereka boleh dapati? Namun, bukan perihal gaji semata-mata.


Jika di sesetengah tempat pekerja angkut sampah ini dipandang rendah, namun di negara Jepun mereka ini dianggap sebagai hero. 

Logiknya, bukan semua orang sanggup melakukan kerja sedemikian dan membersihkan kawasan kejiranan. Bukankah ia satu pekerjaan yang sangat mulia?




"Seronok. Lalu depan tadika.

"Cikgu panggil semua anak murid keluar, bagi sokongan tepuk tangan sorak-sorak.

"Imagine la budak comel kecil-kecil jerit, Gambatte kudasaaai"

Sikap dan sokongan yang ditunjukkan di kalangan masyarakat inilah antara yang perlu diterapkan oleh semua orang, terutama mereka di Malaysia ini. 

Ya, mungkin gaji bagi pengangkut sampah di sini masih belum dapat menandingi mereka yang berada di Jepun, namun sikap yang benci buat kekotoran di tempat awam masih boleh diperbaiki, kan. 

Penulis setuju dengan kata-kata netizen ini, "kalau tak mampu menyumbang pada agama, jangan jadi penganut yang mencalit kekotoran." - CARI Infonet
42

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeMax 11-5-2016 03:53 PM
Nak cari keje angkut sampah kat Jepun..harap umah Jawa rebut peluang ni...Tanah Malaya dah penuh dengan sampah nan satu ni
Quote Artemesiaa 11-5-2016 04:09 PM
Itu le bezanya orang2 diluar negara dengan dalam negara.  Diluar negara anak2 tak diajar untuk menghina pekerjaan orang lain malah dianggap hero tapi sayang ditanahair sendiri jadi sebaliknya.  Masih ramai suka memberi layanan berbeza mengikut tahap pekerjaan seseorang itu.
Quote qronaldo7 11-5-2016 04:51 PM
xsilap jepun ade jawatan jurutera kebersihan. gaji mmg tggi.

its all about culture. malaysia dah mampu nak diubah lg
Quote eenhemo2 11-5-2016 04:51 PM
Kalau kat mesia, een tgok msg2 tutup hidung bila lalu kat lori sampah. Kalau xdk pengangkut sampah, berbau sampah la rumah.
Quote Jajabeans 11-5-2016 04:52 PM
tu ke uniform pekerja angkut sampah? dh mcm uniform engineer kat sni dgn safety helmet nya
Quote EvieWanKenobi 11-5-2016 06:55 PM
kalau gaji RM400/sehari, saya pun nak..
Quote Missfadh 11-5-2016 06:55 PM
Teringat dulu masa study kena buat assignment pasal lori sampah dan jenis2 sampah. Pastu kena asingkan sampah. Sample sampah tu kena bawa masuk lab. Kat jepun diorang panggil health engineer tak silap orang yang kutip sampah ni.
Quote Andyscenes 11-5-2016 07:48 PM
govt kene meningkatkan kesedaran kebersihan, kenakan tindakan pada manusia yg buang sampah merata-rata. mcm singapore buat. confirm negara bersih, sampah pun kenalah asingkn ikut kandung, mudah utk recyle balik. semua pun kenalah bermula dr diri sendiri.
Quote bunnyhoney 11-5-2016 07:55 PM
Artemesiaa replied at 11-5-2016 04:09 PM
Itu le bezanya orang2 diluar negara dengan dalam negara.  Diluar negara anak2 tak diajar untuk mengh ...

Betul sgt2 kata2 ko ni..
Quote spiderman80 11-5-2016 07:59 PM
EvieWanKenobi replied at 11-5-2016 06:55 PM
kalau gaji RM400/sehari, saya pun nak..

Pengarah DBKL pun tak pasti ada gaji sebanyak tu.
Quote bunnyhoney 11-5-2016 08:02 PM
Kat mlysia jual nasi lemak pon kena hina... bukn minta sedekah..
Quote alieyrina 11-5-2016 08:06 PM
Teringat aku tgk majalah 3 pasai kutip sampah ... drebar tu kata kalau lori rosak susah nak rwpair sbb mekanik x tahan bau busuk..kesian ja bila dgr...
Quote tagas 11-5-2016 10:50 PM
Kalo kat mesia pekerja2 alam flora ke swm

yg kutip sapu sampah tepi jln tu di pandang

seblah mata jer by public

pd hal depa la hero2 yg tak didendang
Quote iza_yuss 12-5-2016 08:20 AM
Siapa pernah tengok cerita kartun budak2, Higglytown Heroes..... dalam setiap episod ada satu pekerjaan yang akan di highlight kan tak kira kerja apa pun..... budak-budak kat rumah ni dulu suka tengok, dengan aku sekali join tengok.... bes la jugak.... hehe
Quote saviour_09 12-5-2016 08:24 AM
semua kerja patut dihormati..
kita nak orang hormat kita, kita pun kena hormat orang dulu..
Quote bijigetah 12-5-2016 08:30 AM
"Kerja sampah mcm hero"..mereka berjaya menerapkan persepsi ini kepada org awam jepun..mereka amat bersiplin
Quote Super-M 12-5-2016 05:08 PM
eenhemo2 replied at 11-5-2016 04:51 PM
Kalau kat mesia, een tgok msg2 tutup hidung bila lalu kat lori sampah. Kalau xdk pengangkut sampah,  ...

Sebabnya Cara pelupusan Sampah Kat jepun pun lain.
Lori diaorang.lori Sampah kita ni pun air menjejeh lalu busuk,
Tapi Kat Sana tidak.
Quote Super-M 12-5-2016 05:10 PM
tagas replied at 11-5-2016 10:50 PM
Kalo kat mesia pekerja2 alam flora ke swm

yg kutip sapu sampah tepi jln tu di pandang

Aku Pandang Kat rumah aku dulu,sebab rajin letak pakaian terpakai Dalam Kotak,suka mengendap tengok diaorang siap berhenti try baju Seluar Kalau muat.tapi Sekarang semua Bangla.hihi..
Quote Aiira 12-5-2016 05:25 PM
Jajabeans replied at 11-5-2016 04:52 PM
tu ke uniform pekerja angkut sampah? dh mcm uniform engineer kat sni dgn safety helmet nya

Yes betul. Tu lah uniformnya.
Canggihkah. Kalau orang cakap kerja Engineer O&G dekat Jepun pun orang percaya walaupun tukang kutip sampah je       

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053664 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top