Oleh : TS LOO Kemaskini : 1255 (17/8/2016)
Set kedua menjadi milik beregu Indonesia 21-12 Pasangan Indonesia ternyata lebih hebat dari segi corak permainan yang pantas dan berjaya tewaskan beregu campuran negara dengan mata 21-12 dalam set kedua, sekali gus berjaya meraih pingat emas untuk acara badminton beregu campuran Sukan olimpik 2016.
Kemaskini : 1238 (17/8/2016) Malaysia Kalah Set Pertama 14-21 Set pertama beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terpaksa tunduk kepada pasangan beregu Indonesia dengan mata 14-21 yang mengambil masa kira-kira 23 minit. Kemaskini: 0947 ( 17/8/2016) Aksi Final Beregu Campuran Badminton (Malaysia lwn Indonesia) Selangkah lagi impian emas yang diburu oleh Malaysia selama 52 tahun bakal menjadi realiti, itu harapan kita semua. Kira-kira jam 12.15 malam ini, beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying akan bertemu dengan pasangan beregu dari Indonesia iaitu Liliyana Natsir dan tontowi Ahmad untuk merebut gelaran juara dalam perlawan akhir acara badminton beregu campuran Sukan Olimpik 2016. Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berjaya mencipta sejarah melangkah ke saingan akhir, selepas mencatatkan kemenangan ke atas pasangan dari China secara straight set 21-12 dan 21-19 Isnin lalu. Aksi final pasangan beregu camparan negara menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia yang mengharapkan impian pingat emas pertama mampu dizahirkan pada malam ini. Jangan ketinggalan menjadi saksi kemenangan pingat emas pertama yang dinanti-nantikan kita semua. - CARI
|
20
Bagus |
12
Marah |
19
Terkejut |
6
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
protonpersona replied at 17-8-2016 10:04 PM
Laju wartawan cari bukak thread...takut org lain bukak dulu
Mary_jane replied at 17-8-2016 10:46 PM
Tak start pun lagi.
mirage_46 replied at 17-8-2016 10:53 PM
Lambat lg.. Sekarang cheng long tgh main...pasni ada single lg... Pastu br malaysia main... Ma ...
hyie replied at 17-8-2016 11:30 PM
aku dah ngantuk dh ni cepatla sikit oii
ADVERTISEMENT