Oleh : TS LOO Awal pagi semalam, berlokasi di pusat pelancaran satelit Jiuquan di barat laut wilayah Gansu, Satelit Eksperimen Kuantum Pada Skala Ruang atau Satelit Quess telah dilancarkan oleh China. Menurut laporan agensi berita Xinhua, satelit tersebut dicipta untuk mewujudkan komunikasi kuantum dengan cara penghantaran data dari angkasa lepas ke daratan yang tidak boleh digodam. Selain itu, difahamkan komunikasi kuantum memiliki ciri keselamatan tinggi kerana foton kuantum yang digunakan tidak boleh dipisahkan, disalin semula atau digodam.
Sehubungan itu, ketua saintis projek, Pan Jianwei menyifatkan satelit yang baru dilancarkan itu menandakan peralihan peranan China yang sebelum ini hanya dikenali sebagai pengikut dalam perkembangan teknologi maklumat kepada antara peneraju dalam memacu pencapaian masa hadapan. Walaupun mendapat bantahan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Beijing tetap menegaskan tujuan program angkasa lepasnya adalah untuk keamanan.- CARI sumber info: www.newscientist.com
|
18
Bagus |
20
Marah |
19
Terkejut |
22
Sedih |
16
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT