CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga China Diculik Diselamatkan

11-7-2014 09:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3730| Komen: 5

Description: "Beliau Berjaya Diselamatkan Dan Siasatan Tetap Akan Dijalankan," Katanya Kepada Pemberita Selepas Sesi Taklimat Khas Penstrukturan Semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Di P ...
KOTA KINABALU - Pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China yang diculik lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas berjaya diselamatkan polis awal pagi ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, warga China itu, Yang Zai Lin kini berada di Sandakan dan akan dihantar pulang ke negara asal petang ini menerusi Kuala Lumpur.

"Beliau berjaya diselamatkan dan siasatan tetap akan dijalankan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat khas penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran penuh berhubung pembebasan lelaki itu.

Dalam kejadian pada kira-kira 2.45 pagi 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik Yang, 34, berasal dari Guangzhao dan telah bekerja di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd milik warga China dari Hongkong itu selama tiga tahun.

Berhubung taklimat kira-kira tiga jam dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan turut dihadiri Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Komander Esscom Datuk Abd Rashid Harun itu, Khalid berkata Peguam Negara menyampaikan perincian penstrukturan semula Essccom yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas.

"Taklimat menjurus mengenai penstrukturan Esscom dan kefahaman kepada semua agensi dan tanggungjawab serta peranan yang dimainkan mereka yang terlibat di bawah Esscom bagi memastikan di kawasan pantai timur Sabah selamat," katanya.

Penstrukturan semula Esscom mewujudkan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam, bertujuan menggembleng sumber agensi-agensi keselamatan bagi mempertingkat keberkesanan operasi.

Pelantikan Abd Rashid sebagai Komander Esscom berkuat kuasa 15 Julai.


1

Bagus
12

Marah
7

Terkejut

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rammad25 10-7-2014 05:13 PM
ambil dari website FGV..


Mohd Emir Mavani Abdullah

Group President and Chief Executive Officer

Mohd Emir Mavani Abdullah, aged 49, a Malaysian, was appointed as Chief Executive Officer Designate of Felda Global Ventures Holdings Berhad on 1 January 2013. He is a Non-Independent Executive Director and a member of the Board Steering Committee of Felda Global Ventures Holdings Berhad.

He graduated with a Chemistry Degree from Universiti Kebangsaan Malaysia in 1987 and obtained his Masters of Engineering Management from Warwick University, United Kingdom in 2000.

He is a leading expert in economic and government administration reform in the Middle East and Asia for the last 20 years.

He was previously the Senior Advisor to the United Nations Development Program on various projects in the Middle East and North Africa region between 1998 to 2004, the Coordinator for Good Governance of Organization for Economic Cooperation and Development for the Arab region between 2002 to 2004, the Advisor to the Minister of Finance in the United Arab Emirates from 2002 to 2007 and the Strategic Advisor to the Executive Council of Abu Dhabi for the period from 2008 to 2010.

Prior to his current position, he was a Director in charge of National Key Economic Areas (“NKEA”), Performance Management and Delivery Unit (“PEMANDU”), in the Prime Minister's Department and also a Chief Executive Officer of Malaysia Petroleum Resource Corporation, the Prime Minister's Department and a Director of Malaysia Nuclear Power Corporation.

He is a Non-Independent Non-Executive Director of MSM Malaysia Holdings Berhad and a director of several companies within Felda Global Ventures Group of Companies.
Quote edee_91 10-7-2014 06:18 PM
syukurlah... ada kesan kena liwat tak?
Quote budakshinchan 10-7-2014 06:48 PM
ada permit x dok Malaysia lelama ni?
Quote Cik_Andak 11-7-2014 06:11 AM
Kawasan esscom sana perlu diperketatkan lagi kawalan...tapi tmpat lain pn kena kawal jugak...
Quote bluehedgehog 11-7-2014 08:44 AM
bulan puasa ni geng2 suluk ni ada x puasa menculik? ataupun sambung culik di sabah lps raya...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067208 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top