Desas desus yang mengatakan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuka parti baru selepas dipecat dari Umno akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Dalam tulisan di Facebook, Muhyiddin berkata satu mesyuarat telah diadakan di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.
"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan parti baru ini keada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dalam masa terdekat.
"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.
Muhyiddin turut berkongsi beberapa keping gambar di mesyuarat itu yang dihadiri oleh Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah dan bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.
Parti baharu yang bakal ditubuh ini akan diketuai oleh Muhyiddin sebagai presiden, Tun Dr Mahathir sebagai penasihat manakala 7 lagi akan menjadi kumpulan ahli pertama parti antaranya adalah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; aktivis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Ainina Saaduddin; Ketua Umno Cawangan Telok Kemang yang dipecat, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak lelaki kepada veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid
Difahamkan dokumen pendaftaran akan dikemukakan esok. - CARI
Sumber - Malaysiakini
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
PETALING JAYA: Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengenai penubuhan parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin berkata, mesyuarat mengenai penubuhan parti baharu itu diadakan di kediaman bekas perdana menteri pada Rabu malam.
"Alhamdulillah. Mesyuarat penubuhan parti baru di kediaman Dr Mahathir malam tadi berlangsung dengan sempurna.
"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baru ini kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat," katanya menerusi posting di akaun Facebooknya pada Khamis.
Menurut Muhyiddin, beliau berharap agar permohonan tersebut diluluskan.
"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan. InsyaAllah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.
Posting tersebut turut memuat naik beberapa gambar mesyuarat yang dihadiri Dr Mahathir, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; aktivis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Ainina Saaduddin; Ketua Umno Cawangan Telok Kemang yang dipecat, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak lelaki kepada veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Saya tidak Ada masalah dengan sesiapa sahaja Yang ingin membentuk Parti baru.....ini negara demokratik berpelembagaan.....kalau ikut pandangan peribadi Saya, the more the merrier.....kerana secara stategiknya dgn lebih banyaknya parti2 pembangkang Yang ditubuhkam hanya akan mengecilkan/ split undi pada pihak pembangkang....
Suatu masa Tun M bersama PH untuk menjatuhkan jibby atas alasan selamatkan rakyat & negara.
Suatu masa pula Tun M bersama rakan untuk jatuhkan PH atas alasan selamatkan rakyat & negara.
Manakala macai2 bersorak tak tau apa, hujung2 kena tipu semua, padan muka.
Diharap semua parti pembangkang dapat bekerjasama..
Kalau x, buat pecah undi je
Kalau macam tu sampai bila-bila la UMNO akan berkuasa.
Sekian terima kasih.