Oleh : TS LOO
Isnin lalu, seorang lelaki berbangsa Cina membawa kereta mewah Lamborghininya yang berwarna kuning keluar membeli makanan sekitar waktu awal pagi. Tanpa diduga, kereta mewahnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW yang berwarna kelabu ketika dalam perjalanan melalui Taman Wawasan, Puchong. Susulan itu, lelaki berkenaan segera turun dari kereta untuk menyaksikan keadaan kerosakan yang dialami keretanya, manakala pemandu kereta BMW juga turun dari keretanya dan berpura-pura berbincang mengenai soal bayaran ganti rugi yang diperlukan termasuk memaklumkan bahawa dirinya tiada duit. Pada masa itu, muncul dua orang penumpang yang keluar dari kereta BMW, dan keluarkan parang untuk menakutkannya, lepas itu rampas dan bawa lari kereta mewah Lamborghini tersebut.
Tuan punya kereta Lamborghini beritahu, penyamun membawa lari keretanya hanya mengambil masa dua minit sahaja. Tambahnya lagi, pemandu kereta BMW itu usianya kelihatan lebih kurang sama dengannya, kelakuannya juga amat lembut, tetapi dia pada mulanya langsung tidak perasan sebenarnya dalam kereta BMW masih ada dua orang lagi penumpang. Menurutnya lagi, kereta Lamborghinini tersebut merupakan simpanan peribadi, biasanya hanya akan diguna adalah ketika menghadiri aktiviti kebajikan atau majlis pembukaan yang meriah. Kemudian beliau membuat laporan polis di Balai Polis Serdang menerusi bantuan seorang penunggang motorsikal. Pihak berkuasa membuat siasatan berhubung kes tersebut berdasarkan akta jenayah seksyen 395 ( melakukan rompakan secara berkumpulan), dan seksyen 397 ( memiliki senjata api), kini ketika-tiga suspek dan kereta mereka sedang dikesan pihak polis. - CARI |
19
Bagus |
14
Marah |
28
Terkejut |
40
Sedih |
26
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT