CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemanas Air Lama Disyaki Punca Penuntut Universiti Maut Akibat Renjatan Elektrik

27-7-2016 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 18083| Komen: 97

Oleh : TS LOO



Isnin lalu, seorang gadis berbangsa Cina berumur 20 tahun maut akibat renjatan elektrik ketika mandi. 

Difahamkan, renjatan elektrik berlaku disebabkan kerosakan pemanas air di bilik air yang telah lama digunakan tanpa penukaran. 

Apabila mendapati anaknya terkena renjatan elektrik, ibu kepada si mangsa yang mahu menyelamatkan anaknya, namun dirinya ditolak kuat oleh elektrik statik, dan akhirnya maut akibat masalah serangan jantung.

Kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan Garden Homes, Seremban pada pukul 11 malam. 

Sebelum ini, mangsa Lee Xin Yi sedang menjalankan pengajian di sebuah universiti di Korea dengan mengambil jurusan media. 

Kali ini kepulangannya ke tanah air sempena cuti semesta, tanpa diduga terjadi pula tragis yang tidak diingini. 

Tenaga Nasional Berhad, TNB menghantar pegawai ke lokasi kejadian dan ambil pamanas air berkenaan untuk menjalankan siasatan punca sebenar berlaku renjatan elektrik. 

Menurut ayah kepada si mangsa, sebelum anak perempuannya masuk bilik air, anak lelakinya baru sahaja keluar dari bilik setelah siap mandi, ketika itu tiada apa-apa yang terjadi pun. Jadi dia mengesyaki renjatan elektrik berlaku adalah disebabkan litar pintas. 

Walau bagaimana pun, punca sebenar kejadian adalah lebih wajar menunggu keputusan siasatan pihak TNB.- CARI


9

Bagus
18

Marah
24

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 26-7-2016 06:28 PM


Maut direnjat elektrik
Khairul Najib Asarulah Khan
[email protected]


Seremban: Seorang wanita maut disyaki terkena renjatan eletrik ketika berada dalam bilik mandi di rumahnya di Garden Homes, Seremban 2, di sini, malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.43 malam mengerahkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

"Pada mulanya pihak kami syaki berlaku kebakaran, namun sebaik tiba tujuh minit kemudian kita dapati ia disyaki berpunca dari renjatan eletrik.

"Pihak kami hanya mematikan suiz utama kediaman itu dan menyerahkan kes terbabit kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 26 Julai 2016 @ 3:54 PM
Quote GhostWalking 26-7-2016 06:29 PM
MANGSA, Lee shyrnie, 21, maut selepas disyaki terkena renjatan eletrik ketika berada dalam bilik mandi di rumahnya. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Quote mamarock 26-7-2016 06:39 PM
Lintar pintas lah ni ye. Bukan ke water heater skrg dah dipasang siap RCCB..
Quote ketekodok 26-7-2016 06:40 PM
selalu amalkan test alat heater tu.....ade button Test kan kt situ.....kdg kala kita tak tau benda tu ade kerosakan....
Quote tricomonas 26-7-2016 06:55 PM
Cash lah tu..elok2 cuaca tropika gigih nak mandi air panas.
Quote lurve82 26-7-2016 07:06 PM
uiks brand apa tu? aku mmg pg2 mandi air panas...dh la garden homes tu dkt jah....huwahuwahuwahuwa...
Quote dubuk 26-7-2016 07:09 PM
brand apa

dubb pun sejuk sejuk gini mandi air panas
Quote Innrukia 26-7-2016 07:23 PM
isk aku nih sah2 suka mandi ayaq panas
Quote shernazz 26-7-2016 07:28 PM
korang gi masak air cm.cerek...pastu.tuang dlm.baldi...campur air paip...

sure xde kwnw renjatan letrik
Quote MamaMima711 26-7-2016 07:33 PM
Aku pun ada water heater dlm second bathroom tp dh 2,3 thn x pakai sbb hanya guna ms anak aku sek pagi.thn ni anak aku sek pagi tp aku rela ulang alik masak air panas letak dlm baldi dr dia guna water heater tu.sib baik bukan selalu,time pagi sejuk je.sbb ni lah..x berani aku bg dia guna..dh la blk air tu asyik air overflow dr tangki
Quote jazaa100 26-7-2016 07:42 PM
tricomonas replied at 26-7-2016 06:55 PM
Cash lah tu..elok2 cuaca tropika gigih nak mandi air panas.

Skrg ptg hujan lah.....

Sejuk mengiggil......
Quote mak_wa95 26-7-2016 07:42 PM
takziah, siannya..

bilik econ, mesti mandi air panas..
Quote Peterpan17 26-7-2016 07:42 PM
shernazz replied at 26-7-2016 07:28 PM
korang gi masak air cm.cerek...pastu.tuang dlm.baldi...campur air paip...

sure xde kwnw renj ...

Hahahah!! Setuju. Aku takde water heater kat rmh. Mmg takde niat nak pasang. Gigih nak mandi air panas dgn cuaca kat Msia ni. Setahun 2-3x je baru mandi air panas klu badan tak sihat. Aku jerang air & mandi.
Quote imransulaiman 26-7-2016 07:43 PM
Mandi air biasa kan menyegarkan...

Nak juga mandi guna water heater
Quote kakiah12 26-7-2016 07:46 PM
brand ape ni? kalau takde water heater susah la budak2 nk mandi pagi pegi sekolah..
Quote Esmiria 26-7-2016 07:47 PM
msa arwoh ayoh  aku idup lu..sllu mndi pns pagi2 suboh
Quote GhostWalking 26-7-2016 07:54 PM
shernazz replied at 26-7-2016 11:28 AM
korang gi masak air cm.cerek...pastu.tuang dlm.baldi...campur air paip...

sure xde kwnw renj ...

Paling2 renjatan air terlebih panas haha
Quote shernazz 26-7-2016 08:11 PM
Peterpan17 replied at 26-7-2016 07:42 PM
Hahahah!! Setuju. Aku takde water heater kat rmh. Mmg takde niat nak pasang. Gigih nak mandi air p ...

kan...
dedolu aku umah tepi bukit..sejuk
kekadang kalau sejuk sgt...masak air pastu mandi...
biasa la...time sekolah kan..ngengada..hahaha
dh besor ni..biasa kan aja yang sejuk..hehe
Quote shernazz 26-7-2016 08:12 PM
GhostWalking replied at 26-7-2016 07:54 PM
Paling2 renjatan air terlebih panas haha

hahahaha

awwe..panas nok..

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.170966 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top