Oleh Izzah Abbasy Sebuah kereta terbabas lalu melanggar melepasi pintu pagar dan merempuh Kuil Erawan Bangkok pada Jumaat.
Sekurang-kurangnya empat orang cedera apabila seorang pemandu yang mengalami sawan merempuh keretanya ke kuil Hindu di sini yang sebelum ini dicemari peristiwa berdarah tahun lalu. AFP melaporkan, kereta itu gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pintu pagar Kuil Erawan yang pada Ogos tahun lalu menyaksikan 20 orang mati dan ramai lagi cedera dalam serangan bom.
“Ia hanya kemalangan. Seorang wanita mengalami serangan epilepsi sewaktu memandu dan tidak dapat mengawal kenderaannya lalu merempuh kuil tersebut. Empat orang mengalami kecederaan,” ujar komander polis, Pornchai Chalodet. Kuil yang popular dalam kalangan pelancong Asia Timur itu dipenuhi pengunjung dan penganutnya ketika insiden itu berlaku. “Pada mulanya kami sangkakan ia adalah serangan bom yang dipasang pada kenderaan. Tapi ada orang disekeliling kami yang sangat tenang hadapi situasi itu,” ujar seorang pelancong dari Vietnam, Kristy, 21. Mereka yang cedera dilaporkan berasal dari China, Singapura dan Indonesia. Kredit : Astro Awani
|
saladin780 replied at 23-7-2016 04:06 AM
Kesiannya..sawan time driving plak tu
ADVERTISEMENT