CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Peguam Ini Dedahkan Cara2 Tuntut Hutang Dengan Saman Mahkamah

21-7-2016 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26500| Komen: 39


Oleh : Dean BZ


Manusia akan berhutang apabila keadaan terdesak atau tidak mampu membeli sesuatu dengan bayaran penuh.

Selain untuk perbelanjaan harian, kebanyakkan orang yang berhutang hanyalah untuk melunaskan hutang lain. Contohnya untuk membayar sewa rumah, kad kredit atau duit ansuran kereta.


Ketika ingin memimjam duit, rata-rata bermulut manis dengan muka penuh belas kasihan. Tetapi bila tiba masa bayar hutang penuh dengan alasan dan yang lebih teruk terus menghilangkan diri. Lebih menyakitkan hati dan membuatkan rasa serba salah jika "penghutang liat" itu adalah dikalangan saudara mara atau rakan-rakan karib.

Rasulullah Saw pernah bersabda “Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari”.


Jika berdepan dengan penghutang yang liat membayar hutang, ada cara paling berkesan yang boleh dilakukan. Ramai yang tidak tahu sebenarnya kita boleh menyaman si penghutang secara persendirian. Pendedahan dari seorang penguam ini mungkin boleh dipraktikkan.


Salam Rabu

Satu lagi kes yg selalu di tanya kpd saya adalah berkaitan tuntutan hutang yg jumlahnya kurang dari RM5000.00. Kebiasaannya hutang antara kawan2 dan sedara mara. Kebiasaannya juga tiada dokumen bertulis yg mengesahkan keberhutangan. Hanya ada bank in slip saja.


Kekadang bagi tangan je, takde bukti apa2, mungkin ada saksi mata yg nampak serahan duit berlaku.

Ok, jika anda individu (sykt lain), yg ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5k secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian.


Caranya,

1. pergilah ke mana2 Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.

2. cari kaunter pertanyaan mahkamah

3. kalau kerani tu baru lepas make up, tunggu dia selfie dulu

4. pastu baru tanya dia "Cik Adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?"

5. pastu isi borang tu dan ikut lah arahan kat borang tu.

6. pastu daftarkan borang dgn membayar RM30

7. pastu poskan salinan saman tu kat sepupu anda tu (jgn viral kat fb lak). pos daftar tau utk membuktikan saman telah di poskan

8. pastu tunggu tarikh bicara.

9. pastu masa hari bicara, cakap depan Majistret camni " Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian2 hb dan saman tu telah di poskan kepada defendan pada sekian2 haribulan. Hari ni, Defendan tak hadir maka saya memohon Penghakiman ke atas defendan"

10. Majistret sblm bagi penghakiman akan minta pengesahan ic, bank in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.

11. lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata ok PENGHAKIMAN INGKAR DI BERIKAN!

12. kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sblm ketuk tukul tu atas kepala dia


SEKIAN TERIMA KASIH 


Manusia jenis liat bayar hutang kebanyakkannya akan berjanji kosong atau terus berdiam diri sahaja setiap kali diminta membayar hutang. Kesabaran pun ada tahapnya juga dan jika asyik diberi janji kosong, pasti ia sangat menyakitkan hati. Jadi, mungkin bila libatkan mahkamah akan membuka mata si penghutang itu untuk lebih serius membayar semula duit hutang yang dipinjam. Selamat mencuba. - CARI


Sumber - Buzze Azam

28

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
23

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 21-7-2016 11:54 AM
pistolairAbah replied at 21-7-2016 11:48 AM
kalau nak tuntut hutang rm100 berbaloi ke. daftar pun dah RM30

boleh, tapi kena gelak dek hakim la jawapnyer
Quote seri_mawr 21-7-2016 11:56 AM
kawan baik laki aku pinjam duit aku rm5000 terus lenyap...laki aku call...aku call dia x angkat2...

aku nak buat yang ni la...klu dia x dtg jugak lepas surat ingkar mahkamah keluar macam mana..?



ke aku doakan dia lenyap terus dari muka bumi....

Quote Mopiko 21-7-2016 11:56 AM

kalau dah saman mahkamah tapi dia tetap tak bayar apa tindakan? blacklist dia dari keluar negara ke
Quote che-cikL 21-7-2016 11:59 AM
Best best best.... dapat pengetahuan baru
Walaupun takde sapa yg nak dituntut lagi setakat ni huhuhu
Quote zulka 21-7-2016 12:17 PM
seri_mawr replied at 21-7-2016 11:56 AM
kawan baik laki aku pinjam duit aku rm5000 terus lenyap...laki aku call...aku call dia x angkat2...
...

kalau dia engkar juga, kira dah menghina arahan mahkamah...lagi byk denda
nti mahkamah boleh keluarkan waran tangkap...

Quote seri_mawr 21-7-2016 12:17 PM
Mopiko replied at 21-7-2016 11:56 AM
kalau dah saman mahkamah tapi dia tetap tak bayar apa tindakan? blacklist dia dari keluar negara k ...

boleh membawa ke penjara ke..??
ke kita boleh dapat perintah makkamah amik duit dari bank dia..??
Quote seri_mawr 21-7-2016 12:19 PM
zulka replied at 21-7-2016 12:17 PM
kalau dia engkar juga, kira dah menghina arahan mahkamah...lagi byk denda
nti mahkamah boleh kelu ...

lepas tu dah tangkap masuk penjara....

kita boleh dapat balik ke tdk duit nya..?


Quote jojie 21-7-2016 12:28 PM
thank you tt
macam menarik.. senang sikit nak ajar org yg berhutang ni..
bukan sebab amount duit tapi terlebih sakit hati..
pada yg hutang pada org tu jgn la block number org and tak angkat phone buat org hilang sabar!
Quote zulka 21-7-2016 12:37 PM
seri_mawr replied at 21-7-2016 12:19 PM
lepas tu dah tangkap masuk penjara....

kita boleh dapat balik ke tdk duit nya..?

itu nti peguam yg akan putuskan....
sama ada dia nk bayar sikit2 ke, atau apa2 cara lain...
contohnya, mencagarkan harta benda si penghutang...

Quote si-buta 21-7-2016 12:41 PM
Haha. Tunggu kerani habis selfie dulu
Quote woobin^^ 21-7-2016 01:03 PM

thanks tt
Quote prettyuglybabe 21-7-2016 01:31 PM
kalau kita tak tau alamat unuk poskan surat tu macam mana?ada tak kebenaran pergi search kat JPN alamat terkini?
Quote hest 21-7-2016 03:34 PM
bagus tips ni .. harap dapat membantu manusia2 yang teraniaya
Quote Mary_jane 21-7-2016 03:36 PM
"lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi"

Haha, ni dalam drama je ada.
Quote CrowneGlory 21-7-2016 03:51 PM
" aku nka guna duit beli beg frozen..."
Quote fairy_fairy 21-7-2016 04:14 PM
Silakan uols buat benda ni. Penghutang2 tegar ni perlu diajar! Sialan sangat tak nak bayar hutang tapi vacation sana sini mampu la pulakkkkk
Quote merah_arjuna 21-7-2016 04:37 PM
pistolairAbah replied at 21-7-2016 11:48 AM
kalau nak tuntut hutang rm100 berbaloi ke. daftar pun dah RM30

halalkan je la sis...
Quote mizlily 21-7-2016 04:45 PM
ada pembayaran tak utk perbicaraan??????????
Quote Artemesiaa 21-7-2016 04:51 PM
Info berguna boleh jadi guide untuk yang tak tahu caranya

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.087583 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top