CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kanak-Kanak Umur 8 Tahun "Kuat Makan" Demi Selamatkan Ayahnya!

19-7-2016 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7810| Komen: 20

Oleh : TS LOO




sumber foto: Yangzi Evening News



Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun terpaksa mengamalkan tabiat "kuat makan" agar berat badannya cepat meningkat untuk menyelamatkan ayahnya. 

Difahamkan, ayahnya telah berjaya menjalankan pembedahan memindah sum sum tulang dan kejayaan itu sangat menggembirakan kanak-kanak tersebut. Kini impian terbesarnya adalah untuk menguruskan badannya semula. 

Menurut laporan media China, seorang pegawai syarikat pembinaan berasal dari Xu Zhou di Wilayah Jiangsu yang bernama Cao Lei, didapati menghidap penyakit Leukemia bercampur akut dan satu-satunya cara rawatan adalah menjalankan pemindahan sum sum tulang. 

Oleh kerana ibu bapa Cao Lei sudah lanjut usia, jadi mereka tidak sesuai untuk menjalani pembedahan. Tambahan pula tiada sum sum tulang yang sesuai di pusat simpanan sum sum tulang. Jadi satu-satunya pilihan adalah anaknya yang berumur 8 tahun yang bernama Cao Yu Peng. 

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan, penyumbang sum sum tulang berat badannya harus mencapai 45kg ke atas, tetapi ketika itu berat badan Cao yu Peng hanya kira-kira 30kg sahaja. Oleh itu, dia perlu menambah berat badannya.  

Ekoran perbelanjaan rawatan Cao Lei agak tinggi, duit simpanan keluarga mereka semakin berkurangan.

Ahli keluarga mereka juga tidak mahu lagi membazir, daging yang dibeli hanya untuk dimakan oleh Cao Yu Peng dan ahli kelurga yang lain terpaksa makan lebih sayur. 

Dalam masa hanya sebulan sahaja, berat badan Cao Yu Peng bertambah sebanyak 13kg. Bermula dari bulan Jun, Cao Yu Peng mula keluarkan darahnya. Dalam masa seminggu dia perlu mengeluarkan darah sebanyak 700ml. 

Menurut ibu Cao Yu Peng, setiap kali selepas anaknya mengeluarkan darah, muka anaknya itu akan menjadi pucat dan kelihatan tidak bertenaga, tetapi anaknya tidak pernah menangis. 

"Dulu saya dan ayahnya panggil dia sebagai paip air, di mana dia mudah menangis apabila berdepan masalah, saya beritahu dia sedikit pun tidak seperti seorang lelaki sejati. Tetapi untuk kali ini, saya betul-betul tidak sangka dia begitu cekal."

" Saya risau dia akan sakit dan tidak sampai hati melihatnya. Tapi bila dia nampak saya menangis, dia pula yang memujuk saya"

Sumber foto: Yangzi Evening News


Pembedahan pemindahan sum sum tulang Cao Yu Peng kepada ayahnya sudah berjaya dilaksanakan pada 6hb Julai lalu, tetapi ayahnya masih perlu tinggal di dalam bilik pemindahan yang tertutup selama 2 bulan untuk tujuan pemantauan. 

Manakala bagi Cao Yu Peng, selepas pembedahan, dia dengan bangganya menyatakan : "Hanya saya seorang sahaja yang mampu menyelamatkan ayah!"- CARI 

17

Bagus
34

Marah
18

Terkejut
23

Sedih
26

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shin_ah81 19-7-2016 07:31 PM
Good job dik
Quote oppol 19-7-2016 07:32 PM
Salute you kid.
Quote HazeLJoseph 19-7-2016 07:46 PM
Wahh bagus

Walaupun terkejut hakak tambah 13kg per minth
Quote spankee_fili 19-7-2016 08:00 PM
bagusnya...semoga sihat2 belaka lepas ni..
Quote finesse 19-7-2016 09:15 PM
Aku sorg je yg nak menangis baca ni..
Quote certiorari 19-7-2016 09:35 PM
Nak cakap Good Job. Tapi bile baca, sedih pun ada. Budak pun kecik lagi kot. Dengar cer  operation sum sum tulang ni sakit
Quote hasniey 19-7-2016 09:37 PM
semoga pnjang umur ayah
good job dik,awak kuatttt sgt
Quote makciktijah 19-7-2016 10:57 PM
berair mata membaca
Quote PongKang 19-7-2016 11:14 PM
siannya. tp kt china mmg daging mahal. sbb tu ramai mkn sayur2.
Quote NOWORD 20-7-2016 12:33 AM
Anak yang baik.aku pula rasa sedih
Quote misscendol 20-7-2016 01:11 AM
Semoga cepat sihat
Quote jojie 20-7-2016 03:15 AM
uwaa kagumnya dgn budak ni..
semoga cepat sembuh
Quote aliaa 20-7-2016 08:01 AM
anak yg baik..
Quote M.Rose 20-7-2016 12:18 PM
Bergenang airmata. Anak yang baik.
Quote Artemesiaa 20-7-2016 03:43 PM
Kecik2 dah berjasa untuk ayahnya moga mereka cepat sihat seperti sediakala
Quote caramellatte 20-7-2016 04:56 PM
Uwaaa sedih baca.
Terima kasih dik selamatkan ayah awak!
Quote jazaa100 20-7-2016 05:30 PM
Semuga ayah & anak panjang umur..

Quote -electrifying- 21-7-2016 09:56 AM
Jadi lah ank yg berguna... Great !
Quote yasinfi 21-7-2016 11:37 AM
good job adik...kanak memang lain..hati mereka kuat dan tak mengada2 mcm orang dewasa..kita ni hati busuk..semua benda kita compare..compare keje,gaji,makan minum,rumah,agama,bangsa,negara dan segala2 la

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061903 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top