CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tony Fernandes Betul-betul Hadiahkan Tiket Ke Maldives Buat Jackson Yee

4-7-2016 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7235| Komen: 17

Description: Demi menghargai kebaikan anda, saya akan menghadiahkan anda tiket penerbangan ke Maldives. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Oleh : TS LOO



Belanja rakan sepejabat atau sahabat handai makan, lazimnya hanya dibalas dengan kata-kata penghargaan! Tetapi sekiranya orang yang anda belanja makan itu adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan Air Asia, Tony Fernandes, balasan yang diterima mungkin sesuatu yang mengejutkan.


Masih ingat tak sebelum ini ada seorang penumpang setia Air Asia bernama Jackson Yee, meninggalkan satu notis setelah belanja Tony Fernandes tanpa pengetahuan Tony. 

sumber foto : FB Jackson Yee


Tanpa disangka, tindakan Jackson yang ikhlas itu bukan sahaja memperolehi penghargaan Tony Fernandes menerusi akaun facebooknya,  malah menghadiahkan tiket penerbangan sebagai tanda pengharagaan kepada Jackson yang teruja terhadap kejayaan Kumpulan Air Asia. 

Sejurus kemudian, Jackson segera membalas Tony di facebook, dengan mengatakan dia amat berharap dapat melancong ke Maldives bersama kawannya.



sumber foto : FB Tony Fernandes


Tanpa disangka, Tan Sri Tony benar-benar menrealisasikan impiannya dengan menghadiahkan tiket penerbangan ke Maldives. 


" Demi menghargai kebaikan anda, saya akan menghadiahkan anda tiket penerbangan ke Maldives. Selamat Hari Raya Aidilfitri, anda pasti tidak sangka semua ini. Setelah kami mengalami segala cabaran dan penindasan, tanpa diduga masih ada rakyat Malaysia yang menghargai kami. Semua ini bagi saya dan Aireen, ianya amat bermakna."


Penumpang bertuah tersebut, segera membalas komen Tan Sri Tony dan mengucapkan terima kasih ke atas tindakan Tony yang begitu murah hati. 

Walau bagaimanapun, Jackson turut berharap kemelut nama lapangan terbang yang dihadapi Kumpulan Air Asia baru-baru ini akan dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik. 


sumber foto: FB Jackson Yee


" Amat berterima kasih, saya sedang menjerit di sini.... betul-betul menghargai. Dalam pada itu, saya sedar syarikat anda sedang bermasalah dengan MAHB, harap ianya dapat diselesaikan dengan baik. Sekali lagi, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri kerana sering memberi dorongan kepada rakyat Malaysia. Anda membuatkan saya hari ini rasa sungguh gembira, membuatkan saya terus ada semangat untuk mendorong orang lain. Semoga perkara ini dapat memberi tenaga positif kepada semua orang yang berada di sini. Kini semua orang boleh terbang, semoga anda turut boleh terbang bersama saya, hahaha."


Tindakan Jackson Yee belanja Tony Fernandes dibalas dengan satu tiket ke Maldives. Selepas ini, pastinya ramai akan berebut belanja Tan Sri Tony Frenandes, diharapkan anda mempunyai nasib yang sama seperti Jackson Yee.- CARI



31

Bagus
20

Marah
29

Terkejut
20

Sedih
17

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-7-2016 05:34 PM
Ummah lgbt nih kan request 2 ticket untuk heshe & partner.. Tony hanya mampu beri satu jaa dekkk.. Untung la heshe
Quote CrowneGlory 4-7-2016 05:55 PM
After all the bullying?? Wadefak....keling kalau konar mmg terer
Quote Artemesiaa 4-7-2016 06:35 PM
Rasanya dah ramai yang cuba try ikut style lengcai ni gigih memasing nak dapat ticket free jugak
Quote imransulaiman 4-7-2016 06:51 PM
Dapat sekeping je ke?
Quote tipuware 4-7-2016 08:13 PM
Sekeping ajr pls. Jgn igt ko retis nak disponsor
Quote dark_night 4-7-2016 08:53 PM
Org blanja mkn pn nk update dlm fb..ciwi sama naik dgn bbnu dpt teddy bear for birthday dr pakwe tsayang kononya..

P/s: ni agenda win-win situation ka?mcm publisiti murahan pulak.. :zz
Quote merrissa 5-7-2016 12:21 AM
berduyun la pakat nak belanja tony
Quote misscendol 5-7-2016 01:06 AM
Budak tu patotnye mintak gi NZ. Baru lerrr kickkk khenzzz
Quote M.Rose 5-7-2016 08:44 AM
Happy si lengchai tu dapat pi Maldives free.
Quote nut.legacy 5-7-2016 08:49 AM
maldives tu!!  seronok lah
Quote rosasa 5-7-2016 10:06 AM
huntonglahhh
Quote MariaClara 5-7-2016 11:01 AM
kite rase kan..ni saj eje nk buat promote...nak naikkan rating AA...tah2 kwn2 dia gakkkkkkk
Quote whadda 5-7-2016 01:36 PM
Taktik nak naik rating AA la ni.. win win situation gitu
Quote scents 7-7-2016 10:42 PM
Ini la sifat kita knpe kita kata nk naik kan rating pd beliau kerana memg semua businesman mesti lah nk naik kan rating busines masing2kn kan, so apa masalah  bgi tiket  free tu, duit dia sukati dia lah kn kn Kita ne selalu buruk sangka pd org. Berdosa buruk2 sangka ne  terutama jika kita org Islam , jgn lah kita mudh menilai org  dgn niat yg tidk baik kita tidk akan dpt menilai keikhlasan seseorg kerana ianya milik ALLAH SWT my 1cnt jgn marah yer ampun maaf sempena syawal yg mulia ini Jom kaji diri kita memasing .....
Quote ffawwaz 11-7-2016 09:52 AM
aiyooo..battle n bully konon..
kuasa la TF dgn Jackson ni..pftt..
Quote babynina30 11-7-2016 09:54 AM
Dah gi maldives ke diee
Quote nonok22 15-7-2016 12:57 PM
Best nya dia

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.264727 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top