Oleh : TS LOO Peringkat umur antara 3 hingga 5 tahun merupakan tempoh daya penerimaan yang paling berkesan dan mudah diserap buat kebanyakan kanak-kanak.
Jadi, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil lazimnya akan mula risau cara terbaik mendidik mereka khususnya di peringkat umur remaja. Dalam zaman moden ini, rata-rata ibu bapa memilih tontonan kartun atau biar anak bermain dengan permainan minda menerusi penggunaan tablet. Ada sebahagian pula akan melalui cara yang agak tradisi iaitu biarkan anak menonton rancangan tetevisyen. Namun demikian, terdapat juga sebilangan ibu bapa yang sengaja menggunakan cara yang berlainan daripada yang normal iaitu pengamalan rutin harian tanpa televisyen.
Seorang pengguna facebook yang bernama Widyana Ali, baru-baru ini telah memuat naik satu status yang berkongsi pengalamannya mendidik anak tanpa televisyen. Sebagai ibu, Widyana berkata, ketika zaman persekolahan, guru bahasa Inggeris sering mengibaratkan televisyen sebagai ' Idiot Box '. Tetapi sehingga sekarang barulah dia teringin nak tahu alasan sebenar televisyen disebut sebagai ' Idiot Box '. " Secara jujur, sejak dulu lagi, saya dah suka sangat menonton televisyen, oleh itu pada peringkat awal apabila rumah tiada televisyen, ketika itu sememangnya amat menyukarkan." Demi kebaikan anak-anak yang semakin membesar, Widyana bersama suami mengambil keputusan cuba mengamalkan kehidupan tanpa televisyen. Namun, apakah kesannya? Berikut beberapa kesan yang dikongsikan oleh Widyana : 1) Anak akan kurang menunjukkan kemarahannya 2. Anak akan lebih menurut perintah arahan 3) Kekurangan gangguan, daya tumpuan bertambah 4) Menjadi lebih kreatif, sering sendiri melakukan kerja kraftangan, juga lebih rela membantu ibu di dapur 5) Kehidupan lebih menceriakan sumber foto: google image Widyana pada asalnya beranggapan, pelaksanaan konsep kehidupan tanpa televisyen hanya membolehkan anak-anak memiliki kehidupan pembelajaran yang lebih bagus, tetapi tanpa diduga tindakan sedemikian juga mendatangkan manfaat untuk dirinya. Menurutnya, selepas tiada televisyen, situasi ketagihan ke atas rancangan televisyen tidak wujud lagi di dalam rumahnya. " Saya menjadi lebih rajin membaca bahan bacaan yang diminatinya seperti Buku Makan Minum Yang Sihat, Buku Psikologi Kanak-kanak dan Buku Motivasi." " Lebih banyak masa bersembang dengan suami dan anak-anak." "Kehidupan Tanpa Televisyen membuatkan kehidupan saya menjadi lagi bermakna." " Kawan-kawan sekalian, jom menghayati kehidupan tanpa televisyen yang mampu menambahkan lagi hubungan kasih sayang dengan anak dan suami." Tanpa televisyen, bukan sahaja mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga malah hubungan dengan anak menjadi lebih erat dan bertambah mesra. Biarpun pengalaman Widyana hanya merupakan kes tunggal saja, tetapi perkongsiannya itu memang ada kewajarannya. Jadi, bagi masyarakat zaman moden sekarang, pastinya berpendapat kehidupan tanpa telefon bimbit lebih memeritkan berbanding kehidupan tanpa televisyen.- CARI |
20
Bagus |
15
Marah |
31
Terkejut |
15
Sedih |
33
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
~boolean replied at 19-7-2016 12:46 AM
Akibat banyak tengok tv waktu kanak2, aku dapat kerja aku idam sekarang.
Tengok tv tak teruk. Ten ...
ADVERTISEMENT