CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kali Ini Pemandu Teksi Pula Yang Salah Guna Lorong Kecemasan

8-7-2016 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8425| Komen: 21

Description: Pada asalnya merupakan lorong kecemasan yang lancar, tetapi sampai di tengah-tengah perjalanan dihalang oleh beberapa buah kereta. Setelah diperhatikan secara teliti, kereta pertama, kereta kedua, ket ...
Oleh : TS LOO


Lorong kecemasan adalah digunakan untuk semua perkara kecemasan, pihak polis sudah banyak kali memberi amaran kepada semua pemandu dan pengguna jalanraya, jangan menggunakan lorong kecemsan ketika berlaku kesesakan trafik, sehingga menghalang laluan kereta ambulan dan bomba, namun masih ada ramai pemandu yang degil dan tidak mengambil peduli pesanan itu. 




Dalam facebook Muhd Azul yang mungkin merupakan seorang pegawai perubatan yang ketika itu berada di dalam ambulan tersebut.

Dia dipercayai telah memuat naik data perjalanan ambulan terbabit ke akaun facebooknya, hasilnya seperti mana yang dijangkakan, mengundang pertikaian hebat dikalangan netizen. 



sumber foto: FB Muhd Azul 


Dalam paparan videonya, Muhd Azrul menyatakan " Ada jugak yang tidak faham bahasa lagi.... Lokasi di Elite Highway hala ke selatan..."

Menerusi paparan video jelas kelihatan ketika itu lebuhraya Elite mengalami kesesakan trafik yang teruk, kereta ambulan tersebut sedang bergerak laju di lorong kecemasan, sambil membunyikan siren, dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menyelamatkan orang.

sumber foto: FB Muhd Azul 


Pada asalnya merupakan lorong kecemasan yang lancar, tetapi sampai di tengah-tengah perjalanan dihalang oleh beberapa buah kereta. Setelah diperhatikan secara teliti, kereta pertama, kereta kedua, ketiga, keempat, kelima dan sampai yang keenam, semuanya bukan kereta biasa, semua adalah merupakan teksi. 

Setelah dihalang oleh begitu banyak kereta teksi, pemandu kereta ambulan mula kelihatan hilang sabar, selain sambil membunyikan hon, sambil memekiki menerusi pembesar suara : beri laluan ! beri laluan ! sila kosongkan (lorong) ada kecemasan berlaku! beri laluan! Beri laluan !

sumber foto: FB Muhd Azul


Setelah diberi amaran, pemandu teksi cuba mencari celah-celah kosong untuk memberi laluan kepada kereta ambulan, namun keadaan tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu waktu keemasan ambulan yang dalam perjalanan untuk menyelamatkan mangsa. 

Berikutan itu, ada kala kedengaran pemandu ambulan dan penolongnya hilang sabar memaki pemandu teksi yang degil menggunakan lorong kecemasan.

Video tersebut dimuat naik oleh Muhd Azrul di facebooknya tidak sampai satu hari, sudah mencapai lebih 680 ribu orang klik dan menontonnya, dan video teresbut juga dikongsi oleh lebih 100 ribu orang. Pada masa yang sama lebih dua ribu orang turut tekan tanda gambaran emosi iaitu tanda 'marah' setelah menonton video itu. 

Komen yang diberi rata-rata yang memaki hamun dan menyatakan semua pemandu teksi terbabit tidak bertanggungjawab. Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat, oleh kerana saksi dan bukti sudah ada, maka pihak SPAD dan JPJ perlu mengambil tindakan yang sewajarnya!


- Serahkan video ini kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya

- Nampaknya pemandu teksi di Malaysia tidak erti undang-undang jalanraya

- Nombor pendaftaran kereta teksi sudah diketahui, jadi JPJ bolehlah gantung lesen pemanduan mereka

- SPAD, Kami nak lihat apa tindakan yang bakal diambil oleh kamu.


Selepas kejadian tersebut, malahan ada sebilangan netizen mengambil keputusan tegas hanya menaiki GrabCar dan Uber sahaja.

- Selepas ini, saya turut menyokong Uber dan GrabCar juga.

- Jom, kita sokong Uber dan GrabCar kerana mereka lebih professional.

- Pemandu teksi selama ini hanya tunjukkan sikap buruk mereka, bermua dari membelasah pemandu Uber dan GrabCar, sehingga kini menyalahguna lorong kecemasan.- CARI 


9

Bagus
23

Marah
9

Terkejut
27

Sedih
8

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 8-7-2016 01:46 PM
Saman je semua pemandu teksi tu. Bukti dah ada jelas dalam video.

Quote Emperor95 8-7-2016 05:43 PM
tunggu tindakan pihak berkuasa.
Quote mak_wa95 8-7-2016 07:05 PM
pemandu teksi..yg cari makan atas jalanraya
Quote tahanlasak 8-7-2016 07:40 PM
... kesalahan yg sudah terang nyata
.... tugas pihak polis pula untuk mengambil tindakan...
Quote ultraline 9-7-2016 05:01 AM
ni dah double standard.. apa kelebihan teksi dok laju di lorong kecemasan..hang nak pecut tgh mlm buta xpela.. ni duk ambulan sekat bawa mangsa nazak hang takdak kisah ka...sila saman sila saman secepatnya..
Quote tricomonas 9-7-2016 10:35 PM
Patut la ramai anak drebar teksi tak menjadi...
Quote M.Rose 10-7-2016 07:11 PM
Nak cepat hantar pelanggan pi keja mungkin.
Quote eizarz 11-7-2016 08:00 AM
tricomonas replied at 9-7-2016 10:35 PM
Patut la ramai anak drebar teksi tak menjadi...

mcm anak nazri teksi ka....
Quote ratna 11-7-2016 09:13 AM
laksanakan undang2...yg salah..ttp salah..

so..saman jer..jdkan pengajaran pd org len

jgn pilih kasih
Quote capiloton 11-7-2016 10:45 AM
bagus.
harap lepas ni semua ambulan dan bomba semua ada dashcam.
bila ada video, polis dan JPJ jangan pulak jadi bebal.
dengan macam2 karenah birokrasi.
nak kena tunggu org report pulak kekdahnya.
dakwa jer semua, naikkan saman dakwa direct di mahkamah.
Quote krustykrab 11-7-2016 12:55 PM
kejadah teksi2 semua tu pakai emergency lane?

**iolls ternampak model berniqab dlm video tu
Quote babynina30 11-7-2016 06:07 PM
Carik paseiii
Quote macek2471 12-7-2016 09:09 AM
saman jerrr
Quote tang_ginger81 12-7-2016 09:59 AM
Mahkamah terus. Xpyh saman2. Klu saman bleh bayar lg
Quote NOWORD 12-7-2016 02:34 PM
Menyusahkan org lain
Quote she_naz 12-7-2016 10:15 PM
tangkap je dorg ni....masuk lokap sehari dua
Quote nonok22 15-7-2016 12:52 PM
Tak fikir org lain
Quote Kirana888 2-2-2017 05:43 AM
Amboi pandainya semua nak kata kat pemandu teksi. Selama ni yg pakai emergency lane tu teksi saja ke ? Kenderaan Persendirian yg pakai emergency lane 99
Quote azimodin 2-2-2017 09:09 AM
Kirana888 replied at 1-2-2017 09:43 PM
Amboi pandainya semua nak kata kat pemandu teksi. Selama ni yg pakai emergency lane tu teksi saja ke ...

Sebelum ni ade benang myvi halang ambulance kat lorong kecemasan, berjemaah forumer & netizen menghencap. Dah video ni tunjuk teksi, mmg kena dengan driver teksi la. Xkan nak bantai pemandu lori.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053244 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top