Oleh : Dean BZ Ibarat tajuk lagu hit mereka, "Mentari Muncul Lagi", Kumpulan Slam kembali mengubat rindu peminat apabila berjaya menarik hampir 6000 pengunjung ke Konsert Kurnia Slam yang berlangsung di StarXpo Centre, Kenanga Mall (KWC) Sabtu lalu (14 May 2016).
Lebih 20 tahun tanpa konsert mega selepas Konsert Grand Slam Unplugged 1996 di Stadium Negara, Zamani dan kumpulan Slam kembali memukau 6 ribu penonton dengan mendendangkan 22 buah lagu popular Slam selama hampir dua jam konsert itu berlangsung. Konsert yang dibawakan oleh Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd ini dibahagikan kepada empat segment termasuk sebuah segment Unplugged. Pentas dibuka dengan lima buah lagu seperti Sinar Menunggu, Biarkannya, Maria Mariana, Tak Mungkin Berpaling dan Entah Mengapa.
Segment kedua menampilkan penyanyi Ronnie Hussin yang menyampaikan lagu Terasing Dalam Sepi manakala penyanyi Hazama turut membawakan lagu Kita Terpaksa Bermusuhan. Turut hadir beberapa selebriti popular antaranya Zizan Razak, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Saida, Lan Kristal, Hisyam Hamid, Tunku Hanis dan Black sebagai tanda sokongan mereka kepada kumpulan itu. Kumpulan yang dianggotai Zamani (vokalis), Shah (gitar), Lily (bass), Ajak (gitar), Eddie (keyboard) dan Man (dram) jelas amat dirindui peminat. Agak-agak Slam akan keluar album baru tak? - CARI Infonet. Anda juga disyorkan membaca - All about Konsert Kurnia SLAM | Review peminat,video & artikel Sumber - mStar/myMetro |
19
Bagus |
15
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT