CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Akan Guna Wang Kemenangan Ubati Penyakit Mata Bapa Saya - Elizad

16-5-2016 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4198| Komen: 2

Description: Juara Gempak Superstar musim pertama, Siti Elizad memberitahu akan menggunakan wang..

Oleh : Dean BZ


Juara Gempak Superstar musim pertama, Siti Elizad memberitahu akan menggunakan wang kemenangan untuk mengubati penyakit mata yang dihadapi ayahnya.


Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd. Sharifuddin, 32, yang merupakan seorang pelakon berkata, dia sudah lama berusaha mengubati penyakit tersebut tapi masih tidak berhasil.


“Saya ada perancangan untuk gunakan wang tersebut bagi mengubati penyakit mata yang dideritai oleh ayah saya yang membuatkannya sukar untuk melihat.

“Sudah lama saya berusaha untuk mengubati penyakitnya itu, tetapi tidak berhasil. Saya berharap sangat ayah akan sembuh secepatnya dan mampu melihat seperti sediakala,” katanya.


Pada malam final tersebut, Elizad menyanyikan dua buah lagu, iaitu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian asal Mulan Jameela dan Ketulusan Hati (Anuar Zain).

“Saya percaya, kemenangan saya ini adalah hadiah yang paling bermakna untuk ibu saya. Alhamdulillah, walaupun ibu sudah tiada, impiannya untuk melihat saya berjaya telah termakbul,” katanya.


Sebelum keputusan diumumkan semalam, naib juara Gempak Superstar musim pertama, Sherry Ibrahim, sempat ditanyakan soalan oleh pengacara tentang apakah yang beliau akan lakukan sekiranya dinobatkan sebagai juara.

"Jika saya juara, saya ingin menghantar kedua ibu bapa saya menunaikan umrah bersama-sama" katanya.

Bagaimanapun Sherry hanya memenangi tempat kedua hasil dari undian awam dan keputusan juri. - CARI Infonet.



Anda juga disyorkan membaca  -  Elizad Juara Gempak Superstar, Raih RM100,000


Sumber - mStar
17

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote damian_lee 19-5-2016 06:31 PM
Meols setuju jer dia menang .....
Sbb dia konsisten jah

Dia ber ah ah makhluk tuhan paling seksi .. walaupun hauk semacam ... sheolss .... kira berani laaa .... x gitteww
Quote Esmiria 18-5-2016 11:57 AM
elizad ni cun.lawo. bentuk bdn mantap. menggiurkan.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.074371 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top