Oleh : TS LOO Gara-gara melahirkan seorang anak, seorang ibu menderita penyakit pelik apabila wajahnya tampak seperti seorang nenek.
Ibu dari Zhengzhou, Henan ini sebenarnya berusia 28 tahun, namun malangnya wajahnya seakan-akan 70 tahun. Wanita yang dikenali sebagai Hu Junhua ini disahkan menghidap kecelaruan kulit dinamakan Cutis laza. Penyakit ini menyebabkan kulitnya semakin hari menjadi longgar, merebeh dan berkedut. Peliknya, ia hanya melibatkan kawasan pada muka dan leher Hu sahaja.
Penyakit ini dikatakan ganjil dan jarang berlaku, di mana kurang dari 10 orang disahkan menghidap penyakit berkenaan di dunia dan Hu adalah satu-satunya pesakit dari China yang menghidapnya. Kini, Hu masih sedang mendapat rawatan dan bakal mendapatkan khidmat pembedahan kosmetik di Shanghai bagi membaiki wajahnya. Pihak doktor di sana akan cuba sedaya upaya meskipun kurang yakin akan hasil pada wajahnya nanti. Menurut Hu, suami sentiasa bersamanya dan tidak pernah merungut perihal wajah tuanya. Bagaimanapun, hati ibu mana tidak tersentuh apabila menyedari anaknya mula menjauhkan diri serta malu memberitahu rakan bahawa dia adalah ibunya. Berikutan penyakit yang dihidap, Hu Juan mengalami masalah keyakinan pada diri hingga dia mengelak untuk keluar rumah atau melihat cermin.- CARI Infonet sumber info: http://plastytalk.com/
|
13
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
25
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
brown_pupil replied at 22-4-2016 10:28 AM
Motip si anak menjauhkan diri??
Kalau aku, lempang je budak tu laju2.. tau x mak ko jadi c ...
AisyDani13 replied at 22-4-2016 12:26 PM
Allahu.
kesiannya..
yg kedut muka & leher ja?
ADVERTISEMENT