Albert Einstein Selama ini ramai yang tidak mengetahui agama apakah yang dianuti oleh Albert Einstein, sehingga ada yang beranggapan bahawa Einstein adalah penganut Atheis.
Pejabat berita Iran (IRIB) pernah mengeluarkan sebuah berita yang menyatakan bahawa Albert Einstein adalah seorang penganut Syiah. IRIB mencari dan mengumpul dokumen-dokumen rahsia Albert Einstein yang merupakan seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman dan yang seorang ahli sains teragung pada abad ke-20. Dokumen yang ditemui menunjukkan bahawa Albert Einsten adalah penganut Syiah.
Ayatollah Al-Udzma Sayid Hossein Boroujerdi Berdasarkan laporan situs Mouood.org, Einstein pada tahun 1954 dalam suratnya kepada Ayatollah Al-Udzma Sayid Hossein Boroujerdi, Marja besar Syiah ketika itu, menyatakan : "Setelah 40 kali saya surat-menyurat dengan anda (Ayatollah Boroujerdi), kini saya menerima agama Islam dan mazhab Syiah 12 Imam". Einstein dalam suratnya itu menjelaskan bahawa Islam lebih utama berbanding seluruh agama-agama lain dan menyebutnya sebagai agama yang paling sempurna dan rasional. Ditegaskannya, "Jika seluruh dunia berusaha membuat saya kecewa terhadap keyakinan suci ini, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya walau hanya dengan membersitkan setitik keraguan kepada saya". Einstein dalam karya tulisan terakhirnya bertajuk Die Erklarung (Deklarasi) yang ditulis pada tahun 1954 di Amerika Syarikat dalam bahasa Jerman menelaah teori relatifitas ayat-ayat Al-Quran dan ucapan Imam Ali bin Abi Thalib AS dalam kitab Nahjul Balaghah. Dalam karya tulisannya itu, Einstein menyebut penjelasan Imam Ali AS tentang perjalanan mi'raj Rasulullah ke langit dan alam malakut yang hanya dilakukan dalam beberapa saat. Adakah benar Albert Einstein seorang penganut Syiah? Hingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun telah dibuktikan dengan berbagai kenyataan. - CARI Infonet
Sumber : un1x project |
16
Bagus |
12
Marah |
19
Terkejut |
10
Sedih |
13
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT