Oleh : TS LOo
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersumpah dengan Al-Quran bahawa laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara dalam isu derma RM2.6 bilion tidak mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasuah. Dalam tulisan di blognya semalam, Mahathir berkata, Peguam Negara sudah tiada kredibiliti apabila beliau menolak laporan SPRM dan Bank Negara. "Sebagai orang Islam yang baik, beliau sepatutnya bersumpah dengan Al-Quran di masjid dan disaksikan pegawai masjid serta orang ramai bahawa laporan itu tidak mengaitkan Najib dalam apa cara pun."
Peguam Negara pada 26 Januari lalu mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri berkait tiga kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan SPRM. Dalam pada itu, Mahathir turut mendakwa seolah-olah terdapat usaha oleh kerajaan untuk menangkap beliau. “Ketua Penerangan (Umno) yang baharu (Tan Sri Annuar Musa) menyatakan saya berbuat begini (mengkritik kerajaan) kerana saya mahu ditangkap. Ini jelas satu amaran dengan hasrat untuk menahan saya,” katanya. Sebelum ini, Annuar berkata, tindakan berterusan Mahathir yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mencetuskan persoalan sama ada beliau sedang merancang agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.- CARI Infonet sumber : Sinar Harian
|
26
Bagus |
32
Marah |
38
Terkejut |
29
Sedih |
31
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
melia_star replied at 16-2-2016 11:06 AM
Tangkap aje la...kasi duk sebelah Nuwart...bleh jadi teman dikala duka....
“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)
NAT_11 replied at 16-2-2016 11:31 AM
APA ADA PADA SUMPAH............?????
Tengok Najib sanggup bersumpah Wabillah, Walilah kat Mesjid, t ...
an2toncit posted on 16-2-2016 11:35 AM
dulu sepol sumpah ko caya je apsal najib sumpah x leh caya lak ?
turboturtle replied at 16-2-2016 11:14 AM
teman liwart...
NAT_11 replied at 16-2-2016 11:31 AM
APA ADA PADA SUMPAH............?????
Tengok Najib sanggup bersumpah Wabillah, Walilah kat Mesjid, t ...
huJanBaTu replied at 16-2-2016 11:06 AM
kasihan tun.. he live long enough to see the nation that he build stumble upon his face..
wah macam ...
ADVERTISEMENT