Oleh Izzah Abbasy
Setelah beberapa minggu kisah Fasha dan Jejai menjadi perhatian, akhirnya Jejai melafazkan penceraian dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi. Penceraian tersebut telah direkodkan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Hassan, 32, memfailkan tuntutan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 Isnin lalu. Fasha sebelum ini dikhabarkan mempunyai masalah dengan ibu mertua dan campurtangan oleh adik ipar dan juga bekas isteri pertama Jejai iaitu Nora Danish. Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun. - CARI Infonet
|
18
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
12
Sedih |
5
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT