CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Orang Ramai Tak Bagi Laluan, Ajar PM Rasa Kesesakan

18-12-2015 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 27446| Komen: 152

Oleh Izzah Abbasy

Sememangnya lebuh raya di Selangor-Kuala Lumpur sesak dengan kenderaan. Itu belum lagi pada waktu kemuncak, kenderaan akan bergerak perlahan malahan adakalanya langsung tidak bergerak.

Sesiapa yang 'kaki cilok' pun tidak akan berjaya mencari ruang untuk memintas. Inikan pula jika golongan VIP atau VVIP yang memberi lampu untuk memberi laluan pada mereka, memang tidak akan dilayan oleh mereka yang lain.

Gambar Hiasan


Tersenyum penulis baca kenyataan seorang hamba Allah ini ;


Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk satu lagi kelas personal coaching. Tiba-tiba di belakang saya ada beberapa buah superbike (motosikal berkuasa besar) Polis Trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi untuk memberi laluan kepada VVIP di belakangnya.

Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan Polis Trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat nombor pendaftaran keretanya, rupanya kereta rasmi Najib.

Apa yang menariknya, saya ingat saya seorang saja yang tidak memberikan laluan, rupa-rupanya semua kereta di depan saya juga buat bodoh dengan arahan Polis Trafik itu sehingga Polis Trafik itu kelihatan kalut tak tahu nak buat apa-apa apabila kereta-kereta yang lain buat tak tahu dan enggan memberikan laluan.

Teringat kenyataan yang diberikan oleh seorang menteri ini dahulu ;

"Kalau tak nak bayar tol dan elak jalan sesak, sila bangun awal pagi,"

Jadi, harapan pengguna jalan raya ketika itu adalah mohon Najib untuk bangun awal dan tidak merasa kesesakan jalan raya. Bukanlah sekadar menggunakan kepentingan sendiri untuk tidak merasa keperitan rakyat.  

Kejadian itu bukanlah nak menyusahkan pihak Polis Trafik, tapi orang ramai atau rakyat semahunya ingin 'mengajar' Perdana Menteri bagaimana rakyat terseksa dengan kesesakan yang berlaku pada waktu kemuncak saban hari. Agak-agaknya apa kata DS #Najib ya? - CARI Infonet

5

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 18-12-2015 12:35 PM
padan muke. lain kali toksah bagi laluan kat vip2 ni semua. biar diorang merasa kesusahan rakyat.
bagi laluan kat ambulan, bomba takpe
Quote melia_star 18-12-2015 12:36 PM


td pagi client aku citer bende neh, aku igt gurauan jer...betul rupanya...padan lah dgn muka ko tu Jibby...
Quote noor2 18-12-2015 12:38 PM
Baru dia tahu kesusahan rakyat....
Quote kyrana 18-12-2015 12:39 PM
apa no pendaftaran dia, selama ni mmg buat lambat2 pun kalau selain ambulan & bomba.

Quote tomatome 18-12-2015 12:42 PM
Padann muka.. Tebal brtul muka jibby ni rakyat lgsg x respek
Quote pilot 18-12-2015 12:42 PM
kalau buat bodo je mesti polis pengiring tu bg pandangan maut kan kan
Quote wds 18-12-2015 12:46 PM
mesmerize replied at 18-12-2015 12:35 PM
padan muke. lain kali toksah bagi laluan kat vip2 ni semua. biar diorang merasa kesusahan rakyat.
b ...

Kalo najib baca komen hang ni pasti dia naik ambulan lepas ni oi....
Quote prettyuglybabe 18-12-2015 12:49 PM
rasa macam tak percaya pun ada..
lagi-lagi part yg polis escort tu terkedu kedu..
coz yg aku tau, klu tak ketepi, siap la kena sepak dengan polis tu..
ada yg sampai pecah side mirror pun ada..
Quote noor2 18-12-2015 12:51 PM
prettyuglybabe replied at 18-12-2015 12:49 PM
rasa macam tak percaya pun ada..
lagi-lagi part yg polis escort tu terkedu kedu..
coz yg aku tau,  ...

Oooh....gitu ya....x berani la nak halang laluan....mau kemek kereta...
Quote prettyuglybabe 18-12-2015 12:55 PM
noor2 replied at 18-12-2015 12:51 PM
Oooh....gitu ya....x berani la nak halang laluan....mau kemek kereta...

yer la.. dulu pernah keje kat jalan bapak najib..
kan selalu je vvip lalu jalan tu..
time orang nak balik keje la mereka dok nenoneno nak lalu..
pastu dah takde ruang nak ketepi..
polis tu ketuk-ketuk kereta ai suruh ketepi jugak..
Quote krustykrab 18-12-2015 01:03 PM
prettyuglybabe replied at 18-12-2015 12:49 PM
rasa macam tak percaya pun ada..
lagi-lagi part yg polis escort tu terkedu kedu..
coz yg aku tau,  ...

tu la cam x percaya gak dgn kete ni...polis2 pengiring ni slalu mcm kuajag je

Quote _______ 18-12-2015 01:06 PM
Itu citer bullshit rupanya
Quote spankee_fili 18-12-2015 01:10 PM
bagusssss.....
Quote naina 18-12-2015 01:10 PM
Btol ke? Bukan dorang bukan main samsengke kt pengguna lain klu terhalang?
Quote qronaldo7 18-12-2015 01:10 PM
mesmerize replied at 18-12-2015 12:35 PM
padan muke. lain kali toksah bagi laluan kat vip2 ni semua. biar diorang merasa kesusahan rakyat.
b ...

Uols jgn. Kang vvip sume pakat naik ambulans n bomba. Haha
Quote prettyuglybabe 18-12-2015 01:11 PM
krustykrab replied at 18-12-2015 01:03 PM
tu la cam x percaya gak dgn kete ni...polis2 pengiring ni slalu mcm kuajag je

kan.. klu ada driver lain di tempat kejadian yang sokong cerita ni, baru aku percaya..
mustahil sepanjang kesesakan tu takde sorang pun netizen lain berada kat jalan yg sama..
lagi-lagi cerita ni dah viral seantero internet..
Quote cmf_conan 18-12-2015 01:15 PM
prettyuglybabe replied at 18-12-2015 12:49 PM
rasa macam tak percaya pun ada..
lagi-lagi part yg polis escort tu terkedu kedu..
coz yg aku tau,  ...

kalo ambulan pon sama.. ko tak bagi jalan, die nampak ada ruang, die sebat je lalu..
nasib la kete ko kena sagat ke, side mirror tercabut ke..
teringat suatu ketika kat federal hway. aku terdengar bunyi ambulan dari kejauhan.
tengah dok belek cermin2 kat kete nak tengok kat mana ambulan,
tiba2 berdesup lalu sebelah kete aku..
mujur aje aku tak berdesup melibas ke pembahagi jalan.. siot betul.. bikin terkejut gua jek..

Quote pearl.silver 18-12-2015 01:30 PM
Penah nampak rider najib langgar side mirror kereta dpn i smpi tercabut...masa tu kami tgh terhegeh2 nk ketepi dlm kesesakn lalu lintas kt mrr2
Quote prettyuglybabe 18-12-2015 01:31 PM
cmf_conan replied at 18-12-2015 01:15 PM
kalo ambulan pon sama.. ko tak bagi jalan, die nampak ada ruang, die sebat je lalu..
nasib la ket ...

aku kalu dengar nenoneno walaupun sayup, menggelabah ukur jalan kiri kanan..sekali tengok jalan arah sebelah.. perasaan lega tu toksah cakap la




Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.100212 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top