CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa KWSP berhak gabung 2 akaun milik individu sama

18-6-2024 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2367| Komen: 3

Description: Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhak untuk menggabungkan dua akaun milik individu sama.

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhak untuk menggabungkan dua akaun milik individu sama.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Choong Yeow Choy dalam penghakimannya berkata, walaupun Akta dan Kaedah KWSP 1991 serta Peraturan KWSP 2001 tidak mengandungi peruntukan nyata memberikan kuasa kepada KWSP menggabungkan akaun itu, tiada peruntukan sama yang melarang tindakan berkenaan.

Mahkamah Tinggi memutuskan demikian dalam tuntutan saman difailkan oleh M Divyyaa terhadap KWSP selepas dana persaraan itu menggabungkan dua akaun mendiang bapanya, S Machap yang berakhir dengan nombor 236 dan 036 ke dalam satu akaun.

Dalam kes saman terbabit, Divyyaa mencabar keputusan KWSP menggabungkan kedua-dua akaun itu ke dalam satu akaun dan penamaan benefisiari secara automatik.

Machap mendaftar sebagai ahli KWSP pada 1 Ogos 1995 dengan menggunakan nombor kad pengenalan baharu dan diberikan akaun dengan nombor berakhir 036, walaupun sudah mempunyai akaun sedia ada dengan nombor berakhir 236 yang didaftarkan dengan kad pengenalan lamanya pada 10 Mac 1984.


Beliau menamakan V K Dharsyaini sebagai benefisiari untuk akaun 036 (yang tidak mempunyai sebarang baki) dan tidak menamakan mana-mana benefisiari untuk akaun 236 (yang mempunyai baki).

Machap meninggal dunia pada 17 Julai 2021 dan Divyyaa (plaintif) dinasihati pegawai KWSP untuk memohon satu Surat Kuasa Mentadbir untuk pengeluaran akaun KWSP si mati.

Plaintif kemudian memohon dan memperoleh Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 31 Mei 2022 berdasarkan semakan awal dilakukan pada ketika itu.

Dia melalui firma peguamcaranya, menghantar surat bertarikh 19 September 2022 kepada KWSP mengenai tuntutan pengeluaran KWSP si mati dan sekali lagi menghantar surat peringatan bertarikh 19 November 2022.

Pada 1 Disember 2022, Plaintif menerima satu surat daripada defendan di mana beliau dinasihatkan sekiranya mempunyai bantahan terhadap penamaan dibuat mendiang bapa ketika hayatnya, beliau dinasihatkan menggunakan saluran perundangan dengan memfailkan injunksi atau saman pemula.

Dalam kes saman itu, Divyyaa menyatakan bahawa KWSP yang dinamakan selaku defendan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggabungkan akaun milik mendiang bapanya.

Bagaimanapun, KWSP yang dinamakan selaku defendan menegaskan bahawa ia hanya menggunakan kuasa pentadbirannya dalam menggabungkan kedua-dua akaun itu.

Menurut KWSP, penamaan Dharsyaini sebagai benefisiari adalah mematuhi semua peruntukan di bawah Akta, Kaedah dan Peraturannya.

Dalam penghakimannya, Yeow Choy juga memutuskan, oleh kerana penamaan itu kekal sah, ia bersetuju dengan KWSP bahawa berdasarkan peruntukan KWSP (berkaitan pembayaran atas kematian ahli jika ada penamaan), Dharsyaini berhak mendapat baki dalam akaun dengan nombor berakhir 236 selepas ia digabungkan dengan akaun 036.

Beliau berkata, ia adalah satu kes di mana keputusannya akan menjejaskan salah satu pihak, iaitu sama ada pihak yang menuntut, iaitu Divyyaa dan Dharsyaini.

Katanya, malangnya hanya seorang daripada pihak yang akan berhak ke atas (hasil) dalam akaun terbabit.

"Defendan (KWSP) tidak mempunyai kepentingan dalam saman ini. Satu-satunya kebimbangannya adalah tanggungjawab untuk melaksanakan kewajipan berkanunnya," katanya.

Adalah diakui bahawa Machap tidak membuat penamaan baharu atau menamakan semula Dharsyaini selepas akaun berkenaan digabungkan. Bagaimanapun, ia juga sama penting untuk dilihat bahawa beliau tidak membatalkan penamaan Dharsyaini sedia ada.

"Kes seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan mahkamah mesti meneliti dan menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Tafsiran peruntukan ini menyokong pendirian oleh defendan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 19-6-2024 10:27 AM
V K Dharsyaini tu siapa pulak sbg penama. Mak tiri divyaa ke. Kdg2 penama ni salah faham, kwsp tu bkn utk dibolot sorg2. Ni utk amanah sbnrnya dgn harapan penama tu yg tlg bahagikan. Nk letak bnyk2 nama xleh, letak la 1-3 nama.
Quote BellaThePrinces 19-6-2024 11:27 AM
yang saya faham pun begitu, penama tu bukan bmakna boleh bolot sorang2 tapi dikira sebagai pemegang amanah ..untuk dibahagi2 pula pada yang berhak.

atau terma ini hanya laku untuk kita yang Islam sahaja?
bangsa lain di kira lain?
Quote rikiruj 19-6-2024 11:48 AM
Tak silap, duit direct masuk acct penama, bila dah masuk acct maka dah jadi milik penama.  Kalau rasa ada hak, orang yang ada hak kena tuntut melalui sistem perundangan. Makan masa dan kalau bukan muslim, kalau takde wasiat most likely hi-hi bye-bye la.  Kalau muslim boleh mintak melalui faraid.  Sementara tu unless mahkamah freeze the money, boleh la pemegang amanah gi invest duit tu dulu sementara menunggu penghakiman.  Kalau makan tahun, RM1 mil at 5% boleh dapat RM50k per annum tu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040416 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top