CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis siasat Andrew Sia dakwa UiTM amal 'apartheid'

24-5-2024 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24367| Komen: 24

Description: Kuala Lumpur: Polis sudah membuka kertas siasatan ke atas kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem 'apartheid'.


Kuala Lumpur: Polis sudah membuka kertas siasatan ke atas kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem 'apartheid'.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat 6 petang ini, pihaknya sudah menerima 14 laporan polis membabitkan isu terbabit di seluruh negara.

Menurutnya, laporan pertama diterima dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik berusia 37 tahun petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Lelaki terbabit menyedari artikel bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang dimuat naik di sebuah portal ketika berada di sebuah hotel, individu bernama Andrew Sia memberi komen berkenaan protes oleh pelajar Bumiputra ke atas beberapa pelajar bukan Bumiputra yang diterima masuk bagi jurusan cardiothoracic surgery di UiTM," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Razarudin berkata, semakan mendapati artikel itu dimuat naik pada 22 Mei lalu jam 10.30 pagi di laman portal terbabit.

"Polis akan memohon profiling dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan butiran penulis (Andrew Sia) untuk membantu siasatan.

"Setakat 6 petang ini terdapat sebanyak 14 laporan polis diterima di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 24-5-2024 10:49 PM
Mengpa disiasat polis ... bukankah apa yang dikatakannya sesunggnya adalah sebuah fakta yang  benar dan boleh dipertanggung-jawabkan ....

Betol-betol terlalu jika sistem apartheid yang menjijikan itu masihtrus dikekalkan oleh umah melayu mahawangsa ,,,,,Hehehe
Quote sharlenetexas 24-5-2024 11:01 PM
Macamana pulak dengan mandarin speaker only andrew sia?


Quote B40tastePosh 25-5-2024 01:23 AM
nusaraya replied at 24-5-2024 10:49 PM
Mengpa disiasat polis ... bukankah apa yang dikatakannya sesunggnya adalah sebuah fakta yang  benar  ...

Sebab tak benar lah maka dituduh dengan segala akta

Dah nama pun Tanah Melayu

Kalau Sumatera tu Tanah Melayu yg sebenar kenapa Jakarta gusur Melayu dari Medan.
Quote gorjeous 25-5-2024 11:44 AM
aik kata bangsa lain tak hinggin pun masuk Uitm.
Quote DeLuna85 25-5-2024 01:14 PM
Mcm la dalam malaysia ni ada 1 uni je. Hak melayu mesti nak kacau
Quote Decaffeinated 25-5-2024 04:57 PM
"kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988."

Kalau benar ada perlanggaran 3 akta kerana bercakap benar memang power lah undang2 Malaysia.

Quote nusaraya 25-5-2024 07:17 PM
Decaffeinated replied at 25-5-2024 04:57 PM
"kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen ...

Saya pikir masalah yang ada di Malaysia lebih menyangkut masalah racism saja ..... tetapi ternyata masalahnya lebih serius dari hanya sekedar racism ....yaitu apartheid ...

Mengapa ?

Kerana masalah diskriminasi perkauman ternyata sudah diterapkan secara massive, terstruktur dan sistematic  serta  konyolnya sudah dilegalkan dalam bentuk undang-undang negara ...

Dan lebih menarik kemudian timbul pertanyaan ... Apakah kondisi sosial politik yang ganjil itu  juga menyebabkan timblnya pola pikir dan minda majority bangsa melayu menjadi aneh ... suka berhalunisasi dengan menciptakan jargon-jargon propaganda untok menunjukkan kepada bangsa china dan india serta dunia  betapa maha haibat dan  tingginya tamadun bangsa melayu mahawangsa .... Hehehehe
Quote nusaraya 25-5-2024 08:08 PM
Edited by nusaraya at 25-5-2024 08:27 PM
B40tastePosh replied at 25-5-2024 01:23 AM
Sebab tak benar lah maka dituduh dengan segala akta

Dah nama pun Tanah Melayu

Aneh betol .. Bangsa melayu klaim dirinya  sebgai Mahawangsa ... Bangsa yang Maha Besar dan Maha Haibat ... tetapi lucunya  malahan takut, merasa terancam kerana kalah bersaing dengan bangsa non melayu dan non bumi putera di tanah melayu anda sendiri ....

Jika terus seperti itu .. ubahlah nama bangsa melayu mahawangsa itu  menjadi Bangsa Melayu Miniwangsa.... lebih cocok dan sesuai dengan profile bangsa melayu malaysia yang sebenarnya ....

Kami melayu di sumatra  yang jelas bukan anak cucu nabi ibrahim dan keturah serta x pernah klaim sebagai bani tamim ...betol-betol malu dan terpeanjat dengan perilaku "memalukan" anda itu ....hehehehe


Quote FOTHER-MUCKER 25-5-2024 08:50 PM
Sempurna betul undang undang di Malaysia ni setiap apa yang tidak di sukai ada hukumanya.

Manakala di eropah penjenayah dan pendatang haram hidup bebas kerana tiada undang undang yang sesuai untuk mereka.
Quote Skuau 25-5-2024 09:46 PM
Edited by Skuau at 25-5-2024 09:48 PM

ATAS DASAR KERAJAAN PERPADUAN tidak perlula beliau ditangkap..biarla dia nak buat/cakap sukati dia...lain la kalau dia tunjukkan kemaluan ke,beronani ke...kt tempat awam.Drp segi politik pon tetap TIDAK TERKESAN...buktinya prk kkb...
Quote B40tastePosh 26-5-2024 01:34 AM
Edited by B40tastePosh at 26-5-2024 01:36 AM
nusaraya replied at 25-5-2024 08:08 PM
Aneh betol .. Bangsa melayu klaim dirinya  sebgai Mahawangsa ... Bangsa yang Maha Besar dan Maha Ha ...


Suka hati lahh Miniwangsa atau Mahawangsa.....kau pergi negara Hong Kong Taiwan tu boleh hidup ke Indon babu jongos kat sana?
Quote she 26-5-2024 08:35 AM
Fun fact :

Suatu masa dahulu
Ketika non bumi protes kenapa tak boleh masuk UiTM
Maka wujudlah Universiti Lim Kok Wing
Katanya untuk bersaing dengan UiTM

Hujung2 rank 32nd je dalam Malaysia
Quote Firenzza 26-5-2024 09:52 AM
Skuau replied at 25-5-2024 09:46 PM
ATAS DASAR KERAJAAN PERPADUAN tidak perlula beliau ditangkap..biarla dia nak buat/cakap sukati dia.. ...

Kecoh2 je dulu, ujong2 buang kes mcm gantung gmbr nuart  ataih keta  masa prk ritu. Selang seminggu buat isu baru sampai ajm
Quote delsmomm 26-5-2024 10:21 AM
she replied at 26-5-2024 12:35 AM
Fun fact :

Suatu masa dahulu

bkn ke tertubuhnya UTAR pun sbb katanya khas utk deme jugak kann..
ape dah jadik dgn UTAR tuh?

Quote B40tastePosh 26-5-2024 11:14 AM
nusaraya replied at 25-5-2024 08:08 PM
Aneh betol .. Bangsa melayu klaim dirinya  sebgai Mahawangsa ... Bangsa yang Maha Besar dan Maha Ha ...

Kau tanya keturunan peribumi Indon kau mampu kuasai ekonomi di Taiwan, Hongkong, China, Singapore seperti mana Tionghoa Indonesia kuasai 80% ekonomi Indon.

Quote cmf_almondpecan 26-5-2024 11:27 AM
sharlenetexas replied at 24-5-2024 11:01 PM
Macamana pulak dengan mandarin speaker only andrew sia?

Mandarin speaker tu kalau katakan jawatan sales yang pelanggan cina ramai atau dealing dengan supplier China saya rasa ok sebab dia business decision. Kebolehan rakyat Malaysia pelbagai bangsa bertutur bahasa cina adalah satu aset yg perlu digunapakai sebaiknya. Lagipun mandarin speaker tu boleh saja mana2 bangsa. Saya pernah tengok satu syarikat ni pekerja Melayu dia saja yang pandai mandarin sebab dia sekolah SJKC dulu dan sambung ambik BC di sekolah menengah. Pekerja cina dia semua banana tak reti mandarin. So yg Melayu handle segmen China. Ok la tu. Menepati kelayakan dan kebolehan.

Zaman sekarang sykt mat salleh di luar negeri pun advertise nak kebolehan mandarin. Ada sykt di Belanda ni, dia hire 2 orang pekerja. Satu mat salleh graduan bahasa cina dan satu lagi rakyat Malaysia Melayu graduan sains tapi sekolah SJKC dan gemar berbahasa cina sehingga dewasa. Bila dua2 dihantar ke Shanghai untuk kerja dengan sykt besar China sebagai intern, mat salleh yg graduan mandarin tu terpinga2 manakala budak Melayu tu tiada masalah dan berfungsi sepenuhnya sebab budak2 sekolah SJKC Malaysia ni dia bukan setakat belajar bahasa sebagai subjek bahasa tapi sekolah tu full immersion sehingga jadi native speaker dari segi budaya, pemikiran dsb. Sykt China tu impressed sangat tawarkan budak Melayu tu permanent post terus tapi dia tak nak sebab nak teruskan pelajaran.

Tapi kalau pekerjaan yg tak kena mengena dengan keperluan berbahasa cina, tu memang diskriminasi la. Laporkan saja orang macam tu dan warwarkan.
Quote Zeatyisaac 26-5-2024 06:10 PM
DeLuna85: Mcm la dalam malaysia ni ada 1 ...


Semua benda hak bumiputera, Type C nak kacau. Kalau hak dia, terpaling tersakiti. Dasar pendatang walaupun tak Haram.
Quote annehuda 26-5-2024 08:05 PM
Tulah zaman skrang sapa-sapa pun boleh tulis artikel pastu portal ntah hapa hapa pun publish tanpa study dulu. Aku rasa orang Afrika Selatan pun mesti pelik celah mana apartheid kt Malaysia ni sampai cina tu dok melalak-lalak terseksa duk dalam Malaysia.

Kalau baca sejarah apartheid ni, sebenarnya yang puak-puak pendatang kat Malaysia ni yg tgh mengamalkan apartheid tu.negara ni sah-sah la memang Tanah Melayu,tapi diorang tak boleh terima, pastu nak replace elemen-elemen melayu dengan identiti diorg. Eh aku tak leh terima la kalau ada yg claim rakyat Malaysia ni suma pendatang. Tapi yang claim tu ko taknak pulak serahkan negara ni pada orang Asal biar diorang yg tadbir je
Quote annehuda 26-5-2024 08:15 PM
she replied at 26-5-2024 08:35 AM
Fun fact :

Suatu masa dahulu

Sekolah iols dulu ada kelas peralihan khas utk budak2 sjkc yg tak pass bm masa upsr. Kazen iols pun budak sjkc tp iols tgk tak pandai-pandai pun.

Iols rs budak Melayu menyerlah bila masuk sjkc bila makpak diorang jugak ada effort dan duit, contohnya hantar anak masuk kelas tambahan bahasa mandarin so anak2 diorg bleh catch up dgn students lain yg mmg dr kecik membesar dgn bahasa tu. Tapi kalau tak sbnrnye tak kemana pun. Mcm sheila amzah la masuk sek cina nsb baik la dia mmg ada talent menyanyi kalau tak iols rs tak kemana jugak

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.050408 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top