CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli silap mata terkenal, David Copperfield terpalit dakwaan salah laku seksual babitkan 16 wanita

16-5-2024 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2114| Komen: 20

Description: Los Angeles: Ahli silap mata, David Copperfield dituduh melakukan salah laku seksual terhadap 16 wanita selama beberapa dekad lalu.

Los Angeles: Ahli silap mata, David Copperfield dituduh melakukan salah laku seksual terhadap 16 wanita selama beberapa dekad lalu.

Hasil siasatan The Guardian membongkar dakwaan kesemua wanita itu bahawa ahli silap mata terbabit berkelakuan tidak wajar terhadap mereka, termasuk beberapa daripadanya yang mengatakan mereka berusia bawah 18 tahun pada masa kejadian.

Tiga daripada wanita itu mendakwa Copperfield memberikan mereka dengan dadah sebelum melakukan hubungan seks.

Akhbar dan laman web The Guardian edisi Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Britain itu berkata, ia bercakap dengan lebih 100 orang, dan sudah meneliti rekod polis dan mahkamah untuk mengesahkan cerita itu, yang dikatakan merangkumi tempoh dari akhir 1980-an hingga 2014.

Ia berkata, wanita yang membuat dakwaan itu bertemu ahli silap mata itu, sepanjang tempoh kerjaya Copperfield yang menjangkau beberapa dekad.



Peguam Copperfield memberitahu, anak guamnya menafikan sebarang salah laku dan tidak pernah bertindak tidak wajar dengan sesiapa, apatah lagi gadis di bawah umur.

Copperfield, 67, sebelum ini dituduh melakukan salah laku pada 2018, apabila seorang wanita bernama Brittney Lewis berkata, ahli silap mata itu memberikannya dengan dadah dan menyerangnya secara seksual tiga dekad sebelumnya. Namun, Copperfield menafikan dakwaan itu.

Lewis adalah sebahagian daripada 16 wanita dalam laporan The Guardian.

Akhbar itu berkata, ia bercakap dengan seorang wanita lain, yang tidak mahu namanya disiarkan, yang mengatakan bahawa ahli silap mata itu memberikan dia dan rakan dengan dadah, sebelum mereka masing-masing melakukan hubungan seks dengan lelaki itu.

Peguam memberitahu bahawa Copperfield menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa tiada aduan dibuat terhadapnya apabila serangan dikatakan berlaku.

Seorang wanita, yang diberi nama samaran dalam artikel Guardian mendakwa, dia pertama kali bertemu ahli silap mata itu selepas salah satu rancangan ketika dia baru berusia 15 tahun.

Dia berkata, pada tahun-tahun berikutnya, Copperfield akan menelefonnya larut malam dan menghantar hadiah kepadanya. Apabila dia berumur 18 tahun, dia mendakwa melakukan hubungan seks secara suka sama suka dengan lelaki itu.

Peguam Copperfield memberitahu The Guardian, dia dan wanita itu mempunyai hubungan suka sama suka selama empat tahun.

Copperfield juga menafikan sekeras-kerasnya sebarang cadangan mengenai antun seksual atau sebarang ketidakwajaran lain.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 16-5-2024 10:33 PM
mamat ni sbnrnya kawin ke tak?
Quote dua_chzy 16-5-2024 10:35 PM
Dah tua2 barulah cerita gelap masing2 timbul.

Btw selebriti pemes macam David ni, pompuang lempar diri ja masuk ke ranjang dengan dia kot. Easy huntok dapat stok. At least dia tunggu la juga budak yang dia groom tu sampai umo 18 kan.
Quote dua_chzy 16-5-2024 10:37 PM
Aiols tak bekap pedo iya!

Cuma...Knowing how weak some gegirls/women can be in the presence of a (used to be) mega celebrity like atok ni.
Quote Nurdianah 16-5-2024 10:42 PM
dua_chzy replied at 16-5-2024 10:35 PM
Dah tua2 barulah cerita gelap masing2 timbul.

Btw selebriti pemes macam David ni, pompuang lempar d ...

Ishh..begap..dulu mana ada org expose drug raped ni...kokye pun agak2 la nak komen. Esok2 anak2..cucu ko kena rogol ko ckp la mcm tu kat polis ye..
Quote dua_chzy 16-5-2024 10:50 PM
Edited by dua_chzy at 16-5-2024 02:51 PM
Nurdianah replied at 16-5-2024 02:42 PM
Ishh..begap..dulu mana ada org expose drug raped ni...kokye pun agak2 la nak komen. Esok2 anak2..c ...


Semua mangsa si David tu dia kasik drug ka? Ko bebal tak baca sampai habis budak umo 15 yang dia groomed tu berzina suka sama suka dengan dia? Semoga anak cucu jantan betina ko tak bengap senang kena trick kena groomed jantan kertu macam si David tu yach. Pehtu semoga ko sentiasa pantau keturunan ko supaya idok bior ja meka berpeleseran sampai kena groomed kena pakai buang oleh jantan iya.
Quote sharlenetexas 16-5-2024 11:03 PM
Claudia schiffer senyum sinis.


Quote sukacactus 16-5-2024 11:17 PM
So, kalau ada trick hilangkan ingatan org, mesti copperfied ni dah guna kan
Quote cap_ayam 16-5-2024 11:53 PM
Kecik2 dulu tengok dia merentas masuk dalam tembok besar China pastu muncul kat sebelah lagi satu. Betul ke tak betul tu
Quote apalancut 17-5-2024 02:51 AM
[youtube]112EIHu5gFc[/youtube]


nasib baik dia boleh terbang, agak2 dah nak kantoi.. boleh la terbangkan diri instead of melarikan diri


Quote ultra78 17-5-2024 06:34 AM
cap_ayam replied at 16-5-2024 11:53 PM
Kecik2 dulu tengok dia merentas masuk dalam tembok besar China pastu muncul kat sebelah lagi satu. B ...

Itu trick semata. Dia menyorok dalam tangga
Quote Perwira2022 17-5-2024 07:22 AM
Kira OK lah... Dia lelaki normal... Seks mengesex dengan jantina berlainan itu perkara fitrah.

Yg tak OK adalah, lelaki yg berselera sex terhadap jubur lelaki lain.
Quote lightheaded67 17-5-2024 08:02 AM
Edited by lightheaded67 at 17-5-2024 08:11 AM

hmmmmm
utk yg kena dadah tu mmg jahat la jantan ni, agaknye takleh manipulate ke ape, pakai dadah terus. yg boleh dia manipulate, jd suka sama suka pulak. skrg ni lagi susah nk tegur/kontrol budak, sbb duk tpngaruh woke bebas kulu kilir konon boleh pikir sndiri lah ape, pdhal nnti jd mudah org jahat/saiko nk manipulate budak budak ni, dek takde cmpur tgn org dewasa. acik2 omputeh pun skrg dh ramai tak buat sleepover mcm dedolu. ape ape program kena dgn mak pak. hey entahlah aku pening kalau ckp psl budak2. tara yg tua tua pun jenuh kena scam tipu, inikan yg muda.  
Quote midori888 17-5-2024 08:09 AM
ultra78 replied at 17-5-2024 06:34 AM
Itu trick semata. Dia menyorok dalam tangga



oh yer ker...dedulu meols ingat magic trick dia guna bantuan syaitonirrojim....
Quote KamikuP 17-5-2024 09:31 AM
OT jap, caner atok ni bole terbang kat Grand Canyon ek?
Quote ifanonline 17-5-2024 09:35 AM
david ni masa muda dan peak of his career memang dambaan jutaan wanita

tidak mustahil ramai wanita spread their legs waktu zaman kegemilangan dia

david pun tak perlu buka pakaian mereka, just guna magic utk lucut kan
Quote cap_ayam 17-5-2024 10:07 AM
ultra78 replied at 17-5-2024 06:34 AM
Itu trick semata. Dia menyorok dalam tangga

Punya lah kagum masa tu.. menipu nombor satu dia ni
Quote nisako 17-5-2024 10:51 AM
hmmmmmm
Quote beni_nikaido 17-5-2024 11:24 AM
cap_ayam replied at 17-5-2024 10:07 AM
Punya lah kagum masa tu.. menipu nombor satu dia ni

nama pun 'silap mata' chuolssss
dia trick mata u trough illusion
Quote miss_perfect 18-5-2024 09:20 AM
Kenapa wartawan ni translate ayat jadi "memberikannya dengan dadah" bukan "memberikannya dadah"?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.310542 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top