CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DBKL saman pemandu kereta guna laluan bas, teksi

16-5-2024 10:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1099| Komen: 5

Description: Kuala Lumpur: Sebanyak 21 notis kompuan diberikan pemandu kenderaan kerana dikesan menggunakan laluan khas untuk bas dan teksi dalam operasi di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Kuala Lumpur: Sebanyak 21 notis kompuan diberikan pemandu kenderaan kerana dikesan menggunakan laluan khas untuk bas dan teksi dalam operasi di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan 21 notis kompaun terhadap pemandu yang dikesan melakukan kesalahan lalu lintas itu.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

"Kenderaan awam menggunakan lorong khas disediakan bagi kegunaan kenderaan seperti bas dan teksi di laluan utama di ibu kota adalah satu kesalahan lalu lintas.

"Tindakan berkala akan dilakukan di lokasi tumpuan ke atas mana-mana pemandu kenderaan awam atau persendirian yang ingkar arahan pihak berkuasa melalui papan tanda pemberitahuan," katanya.

Katanya, pengguna jalan raya diingatkan agar mematuhi peraturan dan isyarat lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 16-5-2024 10:21 PM
Lorong bas dekat jalan genting kelang berbelit belit

Cam kaliamak
Quote nisako 17-5-2024 10:50 AM
ade ye.... x perasan la pulak.......
Quote manop 18-5-2024 09:23 AM
padan muka enkau..bawak perangai kg.com.....
Quote laqoyah 18-5-2024 12:11 PM

Quote Decaffeinated 18-5-2024 05:50 PM
Kena saman trafik dengan PBT

macam di UK

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038924 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top