CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Betulkan Tudung Liza Abdullah Raih Perhatian Ramai-“Saya Tak Pandai Pakai Tudung Sebenarnya!”

5-6-2024 06:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28665| Komen: 55

Description: Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, m ...

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Sharifah Shahira yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 831 ribu, tanda suka sebanyak 16  ribu dan perkongsian sebanyak 270.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Liza Abdullah yang memakai tudung berkedut kerana tidak sempat untuk menggosok tudungnya. Kemudian Tokti membetulkan sedikit tudung yang dipakai Liza Abdullah Itu.


“Kenapa tak pakai pin”-Tanya Tokti

“Tula memang tak pandai pakai tudung masalahnya”-Jawab Liza Abdullah


Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa walaupun tudungnya begitu namun Tokti tetap mahu menolong membetulkannya.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 5-6-2024 12:43 AM
Rasanye baru2 ni Fazura ada betul kan tudung kak liza... mmg tak reti pakai tudung agaknye
Quote ezacbee 5-6-2024 05:55 AM
Jenis nak cepat n malas nak gosok. Main sauk je. Banyak je jual tudung jenis ironless. Agaknya dorang rasa geram nak gosokkan je tudung acik liza.

Quote Thunderclouds 5-6-2024 06:56 AM
Gossip ke neh anatt
Quote sayurmayur88 5-6-2024 07:11 AM
comel jer tengok...
Quote BoongaKertas 5-6-2024 08:10 AM
hahaha! liza abdullah ni maintain kelakar eh. rileks and santai sgguh sheols. anak bujang hensem. lah tiberrr
Quote Shayang 5-6-2024 08:15 AM
Pakai tudung sauk je la acik
Nk pakai bawal pilih yg susah berkedut
Skrg ni tudung bawal material cotton voile jenis sekali je iron pastu kalau dh basuh takyah iron sgt pun senang je nk bentuk awning dan tak kedut pun. Tp basuh tangan laa ko masuk mesin & dryer pastu biar je berhari2 dlm bakul tak lipat mmgla kedut seribu.
Quote cm_vungtau 5-6-2024 08:24 AM
Sibuk jelah nak betulkan tudung orang. Terpaling bagusla tu. Menyampah pulak aku. Sukati orang tu la tudung tak gosok ke haper.
Quote A-Are 5-6-2024 08:26 AM
bukan semorang ada bibik utk kelihatan bersiap
Quote Mimo.mimo 5-6-2024 08:27 AM
Acik liza pon, main bedal aje. Janji bertudung. Haha
Quote lasagna 5-6-2024 08:33 AM
tak gosok tudung ni mmg jenis pemalas. the end.
Quote penjarasgbuloh 5-6-2024 09:06 AM
tinggi betul tokti
Quote KamikuP 5-6-2024 09:07 AM
mEOLLS pantang tengok tudung tak bergosok, tudung anak2 meolss yg gosokkan.. ngeeee
Quote prince_marhaen 5-6-2024 09:14 AM
msa kat video ngan fazura sheol (acik Liza) kata memang tak pandai / pernah pakai bawal sendiri, klu berlakon orang yang pakaikan, dia pakai tudung sauk / shawl lilit je... tudung bawal tu fazura yang hadiahkan, dia bawa gi trip ngan tokti ngn rara haritu... hihihihihi
Quote supernaturalee 5-6-2024 09:23 AM
lorrr
rombongan cik kiah nak pi mana ni


see...nampak tokti mesra jgk dgn org2 lama
sungguhpun line yg berbeza

that's why la disayangi ramai


Quote supernaturalee 5-6-2024 09:24 AM
yg ada sama di scene tu acik salmah dgn mak bell

is it, right?

Quote wannoorazlina 5-6-2024 09:45 AM
lasagna replied at 5-6-2024 08:33 AM
tak gosok tudung ni mmg jenis pemalas. the end.

aku salah sorang nya..dan sebab tu aku memilih pakai tudung sarung yg ironless..
la ni banyak yg lawa2 kat shopee, tiktok..
design pun mcm2 takde dah la selebet mcm tudung indon..
Quote apedehal 5-6-2024 09:53 AM
Tudung bawal tu 4 segi je pun sng sgt nk gosok sekejap...macik xpndai pakai tudungg xpa tp jgn la pemalas...mlm sblm tu siap2 la baju tudung digosok
Quote freyayong 5-6-2024 10:21 AM
comel je siti menyantuni org tua... yg liza tu nasib baik ada rupa juga. pakai tudung tak elok pun masih ok lagi
Quote cm_vungtau 5-6-2024 10:59 AM
Pantang tul pegang2 kepala orang.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046520 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top