CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Minta Pembangkang Cermin Diri Isu Harga Barang, Kos Sara Hidup - "Saya Pergi Bazar Dan Tanya Khabar Peniaga Dan Harga"

2-4-2024 05:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13649| Komen: 31

Description: PADANG BESAR – Perdana Menteri membidas tindakan pihak pembangkang yang menjadikan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup sebagai modal politik kerana keadaan lebih teruk ketika mereka mentadbi ...



PADANG BESAR – Perdana Menteri membidas tindakan pihak pembangkang yang menjadikan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup sebagai modal politik kerana keadaan lebih teruk ketika mereka mentadbir negara, dua tahun lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah menafikan berlaku masalah kos sara hidup ketika ini dan kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memperbaiki perkara itu.

“Ada orang kata saya nafikan tetapi saya tidak pernah nafikan (masalah kos sara hidup). Saya pergi bazar dan tanya khabar peniaga dan harga, memang ada masalah.

“Jangan jadikannya sebagai (alat) sepak terajang (dalam) politik. Baik harga barang, baik harga minyak ia lebih rendah berbanding dua tahun lalu, itu kenyataan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri di pekarangan Masjid Nurul Huda Felda Chuping, di sini hari ini.


Katanya, pembangkang juga perlu cermin diri kerana keadaan ketika mereka mentadbir kerajaan keadaan lebih parah.

“Kena tengok cermin juga, jangan pakai sedap cakap dan kecam kerajaan sekarang padahal semasa mereka mentadbir keadaan lebih parah daripada sekarang,” ujarnya.

Menurutnya, di samping itu, kerajaan juga bertanggungjawab menyelamatkan dana kerajaan.

“Dulu (beri) subsidi siling ayam RM1 bilion setahun dan harga ayam melambung naik. Sekarang kita beri amaran keras jangan permainkan dengan isu kartel ini, kita tarik RM1 bilion subsidi dan harga ayam masih rendah,” jelasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aint 2-4-2024 06:28 AM
kemain suh org tgk cermin...
Quote BoongaKertas 2-4-2024 08:09 AM
kat msia ni, iols rasa gajah jer remain bsr. gaji masih kecil kekdahnya.
Quote JunkMail 2-4-2024 08:35 AM
Delulu habis pakcik ni .. macam la masa dia berguling atas jalanraya dulu tak membanding harga dgn zaman tokdet
Quote Noraniza_Iblis 2-4-2024 08:39 AM
kt umah bangnon mmg tkde cermin ke??
Quote aHoi83 2-4-2024 11:04 AM
Bkn zaman ko pembangkang mmg ko main rege minyak??? Siap dgn formula keter myvi murah lagi.
Quote ctaz 2-4-2024 11:07 AM
tu sebab dulu jangan SEMBANG KENCANG
Quote Dysania@72 2-4-2024 11:31 AM
letih tul laa ngan dia ni, kuat nau sembang kari
Quote blakcswan 2-4-2024 11:51 AM
2 thn dulu nasi goreng kg rm6 la ni naik rm8..apo pakcik
Quote AnBulisia 2-4-2024 12:07 PM
madanon o madanon

Quote epullipan 2-4-2024 12:18 PM
fuh statement dia TERpaling jaga kebajikan rakyat katanya... ulam ulam
Quote Firenzza 2-4-2024 04:27 PM
Sblm ko perintah rega ayam rm6 sekilo......lps ko perintah rega jd 9.50 ke jadah murahnya?
Quote Solokkk 2-4-2024 05:35 PM
Raja terpaling segala2 nya Butoh nko
Quote Perwira2022 2-4-2024 05:49 PM
Sekarang korang faham kan kenapa pencacai pencacai PH termasuk dalam forum ni bongok? Bagaimana ketua begitulah pengikutnya
Quote xy_daen 2-4-2024 08:31 PM
Makin membabi
Quote cranell 2-4-2024 09:51 PM
tolong la, lepas ni kita patut lantik PM bawah 50 tahun je. Dah teruk halusinasi orang tua ni.
Quote CiliPadiSedap 2-4-2024 11:24 PM
Bila bercakap je bohong belaka
Quote netto_ 2-4-2024 11:46 PM
Padehal g bazar kene bambu je acik non ni. Terkulat2 kt bazar. Blk opis harga barang murah. Pembohong
Quote gigahertz 3-4-2024 12:39 AM
CiliPadiSedap replied at 2-4-2024 03:24 PM
Bila bercakap je bohong belaka
Menurutnya, di samping itu, kerajaan juga bertanggungjawab menyelamatkan dana kerajaan.

“Dulu (beri) subsidi siling ayam RM1 bilion setahun dan harga ayam melambung naik. Sekarang kita beri amaran keras jangan permainkan dengan isu kartel ini, kita tarik RM1 bilion subsidi dan harga ayam masih rendah,” jelasnya.
masalahnya kalau 1 billion tu di tarik. apa di buatnya dengan RM 1 billion tu ?
Jalan raya masih jugak berlubang. Gi keje tetap jugak sesak
Quote adelea 3-4-2024 11:29 AM
Firenzza replied at 2-4-2024 04:27 PM
Sblm ko perintah rega ayam rm6 sekilo......lps ko perintah rega jd 9.50 ke jadah murahnya?

beras rm 20 sekelo
now dia perintah RM 40 sekelo ... apa punya bahalol la punya PM

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.239015 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top