CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Setuju Kedai Makan Perlu Laksana Sistem ‘Bayar Dulu’ Baru Makan

4-3-2024 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7396| Komen: 26



PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini, ramai peniaga kedai makan berkongsikan kisah sedih apabila mengalami kerugian gara-gara pelanggan melarikan diri tanpa buat sebarang bayaran.

Justeru ramai pengguna media sosial berpendapat kedai-kedai makan harus melaksanakan sistem ‘bayar dulu’ bagi mengelakkan kerugian dan memudahkan urusan perniagaan.

Pandangan-pandangan tersebut diperolehi daripada tinjauan Kosmo! di aplikasi X dalam satu soalan yang diciap oleh @localrkyt mengenai pilihan orang ramai tentang bayaran sebelum atau selepas makan.

Ada di antara mereka menyatakan tidak mahu diganggu apabila pelayan restoran membuat kiraan ketika sedang makan.

“Saya pilih bayar dulu baru makan. Saya tak suka bila tengah makan masa itulah sibuk nak kira-kira. Kalau dah bayar senang. Habis makan boleh terus balik. Kadang bukan pelayan ingat meja ni dah bayar ke belum,” ciap Feera.


“Saya pun pilih bayar dulu baru makan. Lagi-lagi masa makan nasi campur. Senang kalau terus bayar. Ini dah nak habis makan baru pelayan datang kira. Lepas tu tanya kita makan apa,” ciap Iamraff pula.

Berpandangan yang sama, beberapa pengguna turut menganggap jika membuat pembayaran dulu, para peniaga boleh mengira berdasarkan kuantiti makanan yang diambil sahaja.

“Bayar dulu baru makan lebih baik, supaya tak terkena cas lebih. Paling tidak, kalau tiba-tiba dia kata harga sekian-sekian mahal, boleh letak balik,” komen Fathi.

“Kadang-kadang peniaga suruh makan dulu. Pastu aku dapat ayam goreng kecil, sampai kaunter peniaga tu tekan harga ayam goreng sebesar lori,” komen pengguna yang lain pula.

Namun ada beberapa pengguna lebih memilih untuk makan dulu baru bayar lagi-lagi jika datang ke restoran bersama rakan-rakan.

“Lebih pilih makan dulu baru bayar. Sebab kalau makan dengan kawan-kawan nanti nak kira-kira senang lepas dapat resit campur cukai. Kalau bayar dulu baru makan takut muka yang sama je membayar nanti,” komen Baim pula.

“Kalau makan dengan keluarga, senang makan dulu baru bayar. Sebab ada yang nak tambah pesanan lagi kalau tak cukup. Kalau makan seorang, senang bayar dulu baru makan. Lepas makan terus jalan,” ciap pengguna yang lain. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-3-2024 11:35 AM
KANG..lain yg DIBAYOR...lain pulok yg sampai...
Quote nolya 2-3-2024 12:12 PM
Setuju n also cashier perlu beri resit.  Ada kadang2, kita tanya harga, katakanya 'tak pe, bawa je ke meja nanti ada tukang kira datang tentukan harga'.  Aku cukup menyampah dg cara begini kerana entah apa2 lah si tukang kira tu letak harga. Mcm tak ade kejujuran nak caj pelanggan.
Quote kakikuDibibirmu 2-3-2024 05:39 PM
Buy Now Pay Later
Quote Decaffeinated 2-3-2024 05:58 PM
Kopitiam cina dah lama praktis, especially yang banyak vendor share berniaga di luar kedai yang sama.
Quote blue_blur 2-3-2024 07:21 PM
peh..... bab makan ni boleh buat tak bayar.... berani betul.....
tak guna kenyang tapi haram, baik mati kebulur...
benda ni kecik, tapi kesan besar..

bila dah jatuh terduduk guling, dok salah kan seeemua orang dan alam sekitar dan takdir kecuali diri sendiri...

Quote Skuau 2-3-2024 08:24 PM
kakikuDibibirmu replied at 2-3-2024 05:39 PM
Buy Now Pay Later

makan dulu..pastu pengsan nengok rega...
Quote Decaffeinated 2-3-2024 10:58 PM
Skuau replied at 2-3-2024 11:35 AM
KANG..lain yg DIBAYOR...lain pulok yg sampai...

Bayar masa dia letak makanan tu atas meja, bukan masa order.

Quote airfilterkotor 2-3-2024 11:52 PM
Benda boleh lari, buatpe nak bayar...
Quote chinta89 3-3-2024 11:44 AM
nolya replied at 2-3-2024 12:12 PM
Setuju n also cashier perlu beri resit.  Ada kadang2, kita tanya harga, katakanya 'tak pe, bawa je k ...

betul u, kdg dia x tgk udang ambik saiz besar or kecik n berapa ekor ambik, terus caj kaw2.
Quote kelana36 3-3-2024 04:51 PM
buat style supermarket la senang, ambil makanan, timbang mana yg perlu, bayar kat kaunter.

pernah makan kat foodcourt kat Buenos Aries macam ni, harga per 100 gram terpampang kat setiap lauk, bekas plactik di sediakan, ambil sendiri, kat kaunter akan timbang dan tag harga.Kalau nak take away letak penutup kat bekas plastik, kalau nak makan situ, letak dalam tray.
Quote esbok 4-3-2024 10:43 PM
ada kedai, dia suruh makan dulu, aku tunggu jua sampai dia datang kira, baru aku makan
Quote SalenaGomez 5-3-2024 09:48 PM
Kalau ikut islam, bayar dulu sblm makan. Cara ni sesuai utk nasi campur atau apa2 makanan yg dpt terus. Kalau makanan jenis order bergoreng semua tu, boleh je bayar bila makanan sampai.
Quote SalenaGomez 5-3-2024 09:49 PM
SG prefer bayar dulu. Potong betul kalau tgh makan org dtg kira2 pastu nak bersoal jawab pasal saiz makanan tu
Quote jeruklimau 6-3-2024 06:55 AM
Yup.. I pun bayar dulu sbb takut lupa makan apa. Pernah terkena amik sup fishball pastu masa nak bayar dia tanya fishball tu brp ketul. I lupa so agak2 je ckp la 8 ketul mesakipun rasa dlm 5 je kot. Takut x halal jadi darah daging.
Quote want2bhappy 6-3-2024 09:49 AM
Saya akan suruh org tu kira dulu.. ada yg cakap makan dulu tak pe nanti ada orang kirakan.. kita tak bagi anak2 makan dulu selagi orang tu tak kira... kang kira lebih.. hari tu.. udang pun kita kira berapa ketul
Quote KamikuP 6-3-2024 10:38 AM
Lenkali snap gambo dulu sebelum mkn. Bila nak kira tunjuk je gambo tu kat kaunter.. mudah bukan.. ekekekek
Quote gangerina 6-3-2024 11:06 AM
apa kate buat classification utk gerai2, ikut level of cleanlines and tunjuk sekali range pricing makanan so org senang nak decide....ni ada gerai tepi jalan dah la tak bersih cja kemain mahal, ada yg mahal dari org yg bukak restoren proper ada toilet dpt grade A dari PBT...pastu bila viral caj mahal, mula la nak play victim ckp org tutup pintu rezeki la..apa lah...
Quote whimsicalmusic 6-3-2024 05:16 PM
KamikuP: Lenkali snap gambo dulu sebelu ...
btol. iolls mcm ni kalo xsure kena byr dulu or mkn dulu. nnt da mkn ade plak waiter tnye mkn apa, berapa ketul etc. so senang iolls tunjuk gmbr je
Quote chandrahusin 6-3-2024 06:41 PM
dh berapa kali kena
jenuh menunggu suruh kira

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.149274 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top