CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lord Jacob Rothschild Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun

29-2-2024 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12215| Komen: 82

Description: LONDON -- Lord Jacob Rothschild dilaporkan meninggal dunia pada usia 87 tahun, lapor The Independent.
Kredit foto : 


LONDON -- Lord Jacob Rothschild dilaporkan meninggal dunia pada usia 87 tahun, lapor The Independent.

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga mendiang dalam satu kenyataan pada hari ini.

"Ayah kami Jacob merupakan individu yang telah memberikan sumbangan yang tinggi dalam masyarakat.

"Mendiang seorang ahli perniagaan yang cemerlang, seorang pecinta seni dan budaya, seorang penjawat awam, seorang dermawan dalam kerja amal, seorang pencinta alam sekitar dan disayangi oleh rakan-rakan, ahli keluarga termasuk bapa dan datuknya.

"Dia akan dikebumikan mengikut adat dalam satu upacara keluarga kecil. Manakala majlis memperingati mendiang akan dilakukan pada kemudian hari," maklum kenyataan tersebut.

Sementara itu, dalam satu hantaran X (Twitter), Yayasan Rothschild dan Waddesdon Manor turut menzahirkan kesedihan di atas pemergian mendiang.


"Berita pemergian Lord Rothschild seorang ahli perniagaan, usahawan, dermawan dan pemimpin budaya sangat menyedihkan kami.

"Mendiang akan sangat dirindui oleh ahli keluarganya, rakan sekerjanya dan  rakan-rakannya," maklum hantaran tersebut.

Mendiang telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Serena (meninggal pada 2019) dan mempunyai empat anak, Hannah, Beth, Emily dan Nat.




Biografi Rothschild 
Dilahirkan di Berkshire, Tenggara England, Lord Rothschild mendapat pendidikan di Kolej Eton dan kemudian melanjutkan pelajaran sejarah di kolej Christ Church, Universiti Oxford.

Bidang Kewangan
Pada tahun 1963, mendiang memulakan kerjaya dalam perbankan di bank milik keluarganya. Pada 1980, Rothschild mula mengasaskan J Rothschild Assurance Group yang kini dikenali sebagai St James’s Place bersama Sir Mark Weinberg.

Bukan itu sahaja, mendiang juga mengasaskan Windmill Hill Asset Management dalam menguruskan portfolio keluarga.

Beliau pernah memegang jawatan termasuklah timbalan pengerusi di BSkyB Television dan juga pengerusi pemegang amanah di Galeri Negara.

Selain itu, Rothschild merupakan pemegang jawatan pengerusi Saham Bursa London, RIT Capital Partners, salah satu syarikat pelaburan amanah terbesar di kota tersebut.

Bidang Kebudayaan 
Sementara itu, mendiang juga aktif dalam bidang kebudayaan. Buktinya, Rothschild adalah pengerusi pemegang amanah di Galeri Nasional dan pengerusi Tabung Warisan Loteri Kebangsaan.

Selain itu, beliau juga peminat dalam karya seni dengan memiliki pelbagai potret termasuklah milik Lucian Freud dan David Hockney.

Bidang Kemanusian
Dari sisi lain, Rothschild turut terlibat dalam bidang kemanusiaan seperti menguruskan portfolio dermawan keluarga di bawah Windmill Hill Asset Management selain menjadi pengerusi pemegang amanah untuk badan amal The Rothschild Foundation.




Sumber: The Independent/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 29-2-2024 01:43 PM
keturunan diorang muka lonjong2 gitu kan...sama macam keturunan royal british.
Quote Pumpkinhead 29-2-2024 01:52 PM
goodbye!
Quote cmf_PariS 29-2-2024 01:52 PM
yg kata penaung iluminiti group kah?
Quote Inigo-Montoya 29-2-2024 01:53 PM
lord aluminium la ni kan..penguasa dunia sebenar
Quote otai_g 29-2-2024 01:56 PM
Dia agama apa yer? Jews ke christ?
Quote JunkMail 29-2-2024 02:01 PM
Satanic kot agama dia ni
Quote Azharitubunga 29-2-2024 02:02 PM
Sekaya dan berkuasa dia tak mampu beli nyawa kan?
Quote chikumanis 29-2-2024 02:03 PM
meninggal dunia ke? macam tak sesuai je...

mamp0snya lord jacob di usia 87tahun...baru sesuai..
Quote chikumanis 29-2-2024 02:04 PM
hyie replied at 29-2-2024 01:43 PM
keturunan diorang muka lonjong2 gitu kan...sama macam keturunan royal british.

both is related sis
Quote syamzana 29-2-2024 02:21 PM
mati jua akhirnya....
Quote epullipan 29-2-2024 02:27 PM
Dikebumikan mengikut adat? adat kesyaitanan ke
Quote JunkMail 29-2-2024 02:35 PM
Aku bayangkan mesti pakai jubah hitam pointy hat keliling altar masa upacara pengambusan tu.   Dah la dikalangan keluarga je...
Quote kucingitam 29-2-2024 02:39 PM
Azharitubunga replied at 29-2-2024 02:02 PM
Sekaya dan berkuasa dia tak mampu beli nyawa kan?

maknanya yg depa kata bangsawan2 ini minum adrenochrome dr kanak2  utk terus hidup tu tak betul la kan..since dia ni pun umur sampai 87 ja...
Quote Thunderclouds 29-2-2024 03:16 PM
hyie replied at 29-2-2024 01:43 PM
keturunan diorang muka lonjong2 gitu kan...sama macam keturunan royal british.

Inbred sis
Quote Azharitubunga 29-2-2024 03:19 PM
kucingitam replied at 29-2-2024 02:39 PM
maknanya yg depa kata bangsawan2 ini minum adrenochrome dr kanak2  utk terus hidup tu tak betul la ...

Lama dah tu hidup.. nak lama mana lagi?

100???
Jsrsng2 ada
Quote Perwira2022 29-2-2024 03:31 PM
PH bersedih.
Quote kakikuDibibirmu 29-2-2024 03:34 PM
Oh my Lord! Black Stone, Black Rock dengan Hajarul Aswad tersenyum sinis
Quote nw111 29-2-2024 04:07 PM
kucingitam replied at 29-2-2024 02:39 PM
maknanya yg depa kata bangsawan2 ini minum adrenochrome dr kanak2  utk terus hidup tu tak betul la ...

Atok det dkt 100 thn nmpk muda byk dr dia
Quote Belibis 29-2-2024 04:32 PM
epullipan: Dikebumikan mengikut adat? ada ...

Mungkin kena potong kamben itam kot..minum darah.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064750 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top