CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Jangan Suka-suka Fitnah!’- Bekas personaliti TV3, Raja Mazian Pertahankan Cicit Keturunan Rasulullah Yang Dituduh Scammer

29-2-2024 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10079| Komen: 96

Description: Bekas personaliti TV3, YM Hajah Raja Mazian Raja Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Raja Mazian telah tampil meluahkan rasa kekecewaannya di laman Tiktok @k.yan_hiraq.


Bekas personaliti TV3, YM Hajah Raja Mazian Raja Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Raja Mazian telah tampil meluahkan rasa kekecewaannya di laman Tiktok @k.yan_hiraq.

Raja Mazian yang merupakan ketua penganjur Maulid, terkilan apabila Maulid Agung Al Mustafa bersama Mawla Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW, diarahkan batal oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Difahamkam JAIS tidak membenarkan ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri oleh individu terbabit.

“Kenapa Maulid Agung Al Mustafa bersama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani diarahkan BATAL”- tulisnya di ruangan kapsyen



Raja Mazian turut meluahkan rasa kecewanya apabila sesetengah individu yang melabelkan dan menfitnah Habib Maula sebagai scammer.

” Kalau betul Habib Mawla seorang scammer, cuba tunjukkan laporan polis. Laporan polis di Malaysia tiada, di Magribi tiada, di mana-mana pun tiada jika beliau seorang scammer. Itu adalah suatu fitnah”

Tambah Raja Mazian lagi, dia sendiri pernah bersama Mawla masuk ke majlis-majlis diraja di Maghribi.

“Begitu juga dengan salasilahnya, kami dah lama dengar salasilahnya, lama dah tengok dengan cop-cop dari Istana Maghribi. Di Maghribi, kami sampai masuk ke majlis diraja bersama beliau. Jadi kalau tak kenal, tak tahu tentang beliau, jangan suka-suka fitnah ya. Sekarang ini dah akhir zaman ya, fitnah dah menjadi kebiasaan, nak ke kita masuk dalam golongan menftinah”- tegasnya dalam video yang dimuatnaik dalam TikTok.

Bagaimanapun, difahamkan program individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan sehingga menyebabkan ia terpaksa dibatalkan.

Malah, nasab keturunan individu berkenaan turun mendapat tentangan daripada beberapa pihak memandangkan terdapat kekeliruan.

Loading FB Post...

Sumber : Mawla/Mawla Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani/Raja Mazian/Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berusjamban 29-2-2024 01:11 PM
Erm sebenarnya masih ada lagi ke eh keturunan rasulullah SAW? Sbb kan hubby iols kata semua dah dibunuh... wallahualam... kalau x betul mohon betulkan
Quote sayurmayur88 29-2-2024 01:27 PM
berusjamban replied at 29-2-2024 01:11 PM
Erm sebenarnya masih ada lagi ke eh keturunan rasulullah SAW? Sbb kan hubby iols kata semua dah dibu ...

ada lagi uolls..
Quote alesandra 29-2-2024 01:27 PM
Acik raja mazian ni sejenis bodoh membaca jugak ke?
Quote AkokKocik 29-2-2024 01:43 PM
Mungkin acik mazian ni nk nekel si maula scammer tu tp maula rejek..tu yg meroyan x habis2 berusaha nk mbil hati si maula scammer....klu dtg dajjal cmana acik mazian ni??
Quote berusjamban 29-2-2024 01:49 PM

Yeke? abistu peristiwa Karbala tu camne pulak eh?
Rasa mcm habis semua...
Quote auntieagony 29-2-2024 02:13 PM
Dah dijangkakan yg penyokong2 Maula akan terus menyokong dan membantah tindakan kerajaan Msia.

Kalau betullah apa yg Raja Mazian cakap, kemukakanlah bukti2 kepada PDRM. Dan suruhlah Maula pergi berjumpa PDRM to clarify the matters.

Menurut "sumber2 yg dipercayai", semasa mereka (penyokong2 Maula) di Mekah buat umrah, mereka diarahkan utk tidak menonjolkan diri, lie low dan tak buat bising & etc. Sbb dikatakan bhw pihak berkuasa Arab Saudi pun "memerhatikan" Maula ni,.
Wallahuaklam.

Tak tahulah siapa yg benar dan siapa yg salam. Hanya Allah yg Maha Mengetahui.
Quote Samerosie 29-2-2024 02:14 PM
berusjamban replied at 29-2-2024 01:49 PM
Yeke? abistu peristiwa Karbala tu camne pulak eh?
Rasa mcm habis semua...

Hussein je you kat Karbala, Hassan dah wafat time ni.  Lagipun both wafat masa adult dan ramai wives dan anak dah time tu.  
Quote virgo19 29-2-2024 02:18 PM
Gigih pulak nak naik kuda bagai kat malaysia ni..
Quote SedihPedih 29-2-2024 02:21 PM
muka mamat ni kadang2 rasa mcm perempuan nk jadi lelaki..

Quote pokokmeranti 29-2-2024 02:31 PM
al-quran dan Rasul tak suruh julang cicit2nya tapi suruh tggu Imam Mahdi.
Quote epullipan 29-2-2024 02:39 PM
berusjamban replied at 29-2-2024 01:11 PM
Erm sebenarnya masih ada lagi ke eh keturunan rasulullah SAW? Sbb kan hubby iols kata semua dah dibu ...

ado..sbab imam mahdi yang bakal keluar ni pon terang2 keturunan Nabi..dah dinyatakan dalam hadis..cuma beliau sendiri masih tak tau beliau adalah imam mahdi..cuma maula tu kalau keturunan nabi pon memang terang2 bukan imam mahdi
Quote gigahertz 29-2-2024 02:41 PM
SedihPedih: muka mamat ni kadang2 rasa mcm perempuan nk jadi lelaki..

ha betul la. i benci si mawla ni. sebab muka dia macam x normal.
Quote gigahertz 29-2-2024 02:43 PM
virgo19 replied at 29-2-2024 06:18 AM
Gigih pulak nak naik kuda bagai kat malaysia ni..

[youtube]a8eEOYjLQ-E[/youtube]
i tak paham apa kaitan Janda dengan kuda putih
Quote shida81 29-2-2024 02:55 PM
Alahai beramal ibadah mcm biasa je la.. X yah nk berlebih2.. Org baik ngn kt kite baik ngn dia.. X yah nk taksub2 Sgt.. Kt pun x tau bende mn yg betul mn yg x betul...
Quote Thunderclouds 29-2-2024 02:56 PM
berusjamban replied at 29-2-2024 01:11 PM
Erm sebenarnya masih ada lagi ke eh keturunan rasulullah SAW? Sbb kan hubby iols kata semua dah dibu ...

Raja jordan king Abdullah tu mmg ori Muhammad SAW punya descendent.
Tidak pula kulu kilir meratib dia keturunan nabi.
Belah indo sana pn ada xsalah aku. Senyap² ja hidup xhadap org cium tgn tolong kopek udang bgai.
Quote ifanonline 29-2-2024 02:57 PM
mungkin mazian dah terinzal sangat2 dgn si maula ni...women sometimes masturbate to handsome men pictures too
Quote tungkai 29-2-2024 03:07 PM
Setakat join majlis & tengok cop2 diraja so boleh conclude cucu cicit la ye?
Quote Cyempaka 29-2-2024 03:07 PM
[attach]2683727[/attach]

Sungguh mulia hati maula..


Quote missmarvolo 29-2-2024 03:15 PM
miles moretti versi scam tunggang agama.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.090600 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top