CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

India Cipta Pil Harga Rm5.70 Rawat Penyakit Kanser

2-3-2024 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5450| Komen: 6

Description: NEW DELHI – Institut TATA di Mumbai mencipta pil yang boleh mencegah kanser daripada berulang dan menghalang kesan sampingan semasa rawatan penyakit itu sebanyak 50 peratus, lapor portal berita RT ke ...

NEW DELHI – Institut TATA di Mumbai mencipta pil yang boleh mencegah kanser daripada berulang dan menghalang kesan sampingan semasa rawatan penyakit itu sebanyak 50 peratus, lapor portal berita RT kelmarin.

Menurut akhbar Economic Times, kejayaan itu diperoleh selepas penyelidikan dilakukan terhadap pil baharu tersebut selama satu dekad.

Pil dikenali sebagai R+Cu itu mempunyai ciri prooksidan seperti resveratrol dan kuprum yang boleh melawan kanser.

Ubat itu itu juga berkesan dalam merawat kanser pankreas, paru-paru, dan mulut, demikian menurut penyelidik yang menciptanya.

Pil itu dijangka berharga hanya 100 rupee (RM5.72).

Ketika ini, R+Cu sedang menunggu kelulusan Pihak Berkuasa Keselamatan dan Piawaian Makanan India (FSSAI) dan berkemungkinan dikeluarkan dalam pasaran antara Jun atau Julai tahun ini.

Kata seorang pakar Hospital Memorial Tata, Dr Rajendra Badve , kesan sampingan pil itu telah diuji pada tikus , manakala ujian klinikal terhadap manusia masih dilakukan.


“Ia akan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk menyelesaikan ujian berkenaan ke atas manusia,” katanya dalam temu bual dengan NDTV. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-3-2024 09:36 AM
So ubat ni dah approved ke
Quote Tinot7 2-3-2024 10:51 AM
Dah sampai level mana?

Kata seorang pakar Hospital Memorial Tata, Dr Rajendra Badve , kesan sampingan pil itu telah diuji pada tikus , manakala ujian klinikal terhadap manusia masih dilakukan.
Quote plywood 2-3-2024 05:28 PM
aku harap ianya bejaya. mungkin juga perlu dilanjukan penyelidikannya supaya keberkesanan meningkat. .. berita paling penting disini ialah harganya yang murah, klu syarikat barat tak mungkin dapat harga mcm tu
Quote cmf_jeangrey 2-3-2024 06:23 PM
plywood replied at 2-3-2024 05:28 PM
aku harap ianya bejaya. mungkin juga perlu dilanjukan penyelidikannya supaya keberkesanan meningkat. ...

Ye..cukup2lah import dr barat...nak keluarkan medication perlukan modal besar so lucky tata ni byk duit mampu keluarkan modal dan jd competitor...semoga berjaya



Quote kaedahnya 3-3-2024 02:51 PM
kalu ada ubat yang boleh improve or repair kerosakan DNA ok jugak. ke long shot sangat ni.
Quote Supersirap 7-3-2024 10:29 PM
Ini good news

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040051 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top