CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Yang Simpan Kiub Tomyam, Rambut Arwah Ibu Sebagai Kenangan. Boleh Ke?

1-3-2024 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27236| Komen: 21

Description: PETALING JAYA – Selepas tular kisah wang kertas RM50 yang dikatakan duit terakhir pemberian arwah bapa, kini muncul pula beberapa perkongsian unik dalam kalangan pengguna media sosial mengenai barang ...


PETALING JAYA – Selepas tular kisah wang kertas RM50 yang dikatakan duit terakhir pemberian arwah bapa, kini muncul pula beberapa perkongsian unik dalam kalangan pengguna media sosial mengenai barang kenangan insan tersayang mereka.

Menerusi perkongsian pemilik akaun TikTok @urcutemoon, dia mengakui masih menyimpan satu kotak kecil kiub tomyam yang menjadi barang terakhir dibeli arwah ibunya sebelum meninggal dunia pada 2022 akibat kanser rahim.

Meskipun barangan tersebut sudah tamat tempoh pada 16 Jun 2022 lalu, sehingga kini ia tetap disimpan dengan baik agar kenangan terakhir bersama arwah ibunya masih tetap segar dalam ingatan.

“Cerita tentang ‘kiub tomyam’ ini adalah barang masak terakhir yang arwah ibu beli sebelum dia sakit sampai tak larat nak masak, ibu pernah cakap ingat ayat ini, “ibu nak masak tomyam lah, dah lama tak masak”, tapi sayang tak sempat nak merasa tomyam ibu.


“Selepas ibu meninggal, kami kemas-kemas rumah dan buat sedikit perubahan dengan niat nak ceriakan balik suasana. Jujur, bahagian paling berat nak kemas adalah di bahagian dapur tempat seorang malaikat tanpa sayap menyediakan makanan tersedap di dunia.

“Masakan yang ibu buat semuanya biasa-biasa, tapi tak ada siapa boleh lawan. Nasi putih panas dengan ayam masak kicap ibu tetap pemenangnya,” luah pemuda tersebut.

Sementara itu, pemilik akaun TikTok @syrsfea menjadikan helaian rambut terakhir arwah ibunya sebagai barangan wajib yang perlu ada dalam dompetnya.

Katanya, rambut itu dikutip selepas proses memandikan jenazah.

“Kalau aku bawak purse (dompet) ini pergi sekolah, kawan aku selalu juga tanya ini rambut siapa kau simpan?

“Lepastu aku gelak sahaja sebab aku tak nak beritahu orang yang aku masih simpan rambut arwah mak aku. Dulu aku kutip rambut ini lepas siap mandikan jenazah mak aku sejak September 2021,” kongsinya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-3-2024 07:34 PM
Let go dik.
Quote sharlenetexas 1-3-2024 07:41 PM
Kalau bulu xxx simpan tak dik?


Quote ReginaGeorge 1-3-2024 07:42 PM
Err.. kalau baju, dompet ke.. aku ok. Tapi kalau rambut tu, cam seram sikit lah. Baik ditanam rambut tu.
Quote Belibis 1-3-2024 08:18 PM
Banyak lagi barang2 arwah yang sesuai disimpan..baju,telekung,cincin..sampai kiub tomyam ko simpan sekadar konten.
Quote Ahriman 1-3-2024 08:54 PM
Tpi iols tk boleh tengok barang arwah.terkenang.kang tetiba menangis pulak.
Quote makita 1-3-2024 09:06 PM
Edited by makita at 1-3-2024 09:08 PM

Meols ada sorg kwn anak org kaya (harta warisan). Bapak dia sakit jantung ninggal masa dia 20 tahun. Masa umo 25 mak dia pulak ninggal..kenser.

Dia selalu ajak meols pegi klia  sampai pukul 3 pagi wakakak..dia kata dia rindu sbb klia tu la tempat family dia selalu pegi utk holiday.

Ada sekali, kwn meols ajak la tido umah dia yg bapak besar. Sliding door je ada 4. Tangga umah mcm umah jejai tu ha. Banglow dia pulak jenis bileh letak 20 bijik kete. Mmg tak nampak umah jiran sebelah sbb besar gila kwsan umah tu. Dari gate nak ke pintu jauh gila. Sunyi sepi.

Kwn meols ajak tido lak dlm bililk arwah mak dia..aduuhh hahaa. Dah la brg2 mak dia langsung tak terusik.dia pulak time tu la bersentimental tunjuk baju2 henbag dlm lemari tu. Dia kata dia rindu mak dia tu sbb dia x usik apa2 pon kat bilik mak dia. Meols mcm malas fikir tido la sbb baru balik dari klia.
Quote green~tea 1-3-2024 09:13 PM
Aku simpan jam rado, subang berlian & cincin belah rotan mak aku..  ekceli banyak le lagi barang kemas mak aku kasik.. tp paling aku sayang 3 barang tu lah..

sbb itu cincin kawen dia dgn ayah aku.. jam rado hitam hadiah ayah aku utk mak, sepasang.. subang tu sbb subang kesayangan mak... almost hari2 aku pakai..  
Quote green~tea 1-3-2024 09:25 PM
Jam rado hitam tu pernah exhusband aku lempar sampai pecah cermin sapphire tu.. aku nangis berminggu2... aku tak kisah kalo org rosakkan barang aku.. tp jangan ko rosakkan barang arwah mak aku...

Aku hantar baiki.. mujur dpt ganti kat service center... beribu jugak habis sbb model tu dah discontinued.. model paling nipis and kecik 1997...
Quote ajinomotonosuga 1-3-2024 09:29 PM
ReginaGeorge replied at 1-3-2024 07:42 PM
Err.. kalau baju, dompet ke.. aku ok. Tapi kalau rambut tu, cam seram sikit lah. Baik ditanam rambut ...

nk tnm mana? kat kubur mak ayah ok tak? lagi seremmm ekkk
Quote ajinomotonosuga 1-3-2024 09:29 PM
green~tea replied at 1-3-2024 09:25 PM
Jam rado hitam tu pernah exhusband aku lempar sampai pecah cermin sapphire tu.. aku nangis berminggu ...

tak tanya punnnn
Quote sukacactus 1-3-2024 09:59 PM
Dua tiga tahun lps, kemas freezer umah mak
Ada la dlm 1 bekas aiskrim magnolia tu ada durian terakhir yg arwah abah aku beli
Arwah meninggal 1997 kot...mak aku ni la
Quote green~tea 1-3-2024 10:03 PM
ajinomotonosuga replied at 1-3-2024 09:29 PM
tak tanya punnnn


So?

Kau menceceh panjang2 selama ni pun aku skip je...

Fuck off laa pakcik.. forum ni free je sapa2 buleh posting



Dasar jantan tua hodoh tak laku

Quote azimodin 1-3-2024 10:09 PM
Aku simpan tali tag mayat anak aku. Xsempat nak register nama, jadi ditulis b/o (nama mak je). Sepit tali pusat pon aku simpan jugak. Jadi la buat lepas rindu. Arwah bapak aku punya sejadah aku masih guna dari form 5 sampai sekarang. Tapi kiub tomyam tu macam over pulak.
Quote Decaffeinated 1-3-2024 11:57 PM
orang gila ada macam2 cara

sukati ko lah labu

Quote Gianna111 2-3-2024 10:23 AM
bapa i meninggal.bantal yang selalu bapa i guna tu auntie i minta sebagai kenangan.kita orang adik beradik biar je auntie i ambik bantal tu.dah adik dia yang rapat dengan dia sejak kecik kan?

sekian tu je mampu nak tulis.. sebak pula dada ni
Quote FOTHER-MUCKER 2-3-2024 10:27 AM
Ini ok aja siap cium tu

Quote nw111 2-3-2024 10:54 AM
makita replied at 1-3-2024 09:06 PM
Meols ada sorg kwn anak org kaya (harta warisan). Bapak dia sakit jantung ninggal masa dia 20 tahun. ...

Sedihnya....takde adik beradik lain ke kawan U tu... hopefully kawin dpt laki baik..
Quote lee_sakura 4-3-2024 03:11 PM
mak iols meninggal tahun lepas, hanya selimut dia pakai kali terakhir je iols xbasuh sampai skrg..sbb masa mula2 dulu kalo sedih je peluk selimut tp skrg selimut tu jd lapik kucen tido plak...kucen tu plak kalo xde selimut tu, xmo tido ngan iols...sudahnya iols biar kn aje la selimut tu penuh ngan buli kucen
Quote sambaldurian 6-3-2024 09:46 PM
Handphone arwah ayah , buat sebagai jam loceng , tgk internet , baca whatsapp group surau ( wlupun no.x aktif, emel ada, so boleh nmpak group surau update apa) kdg2 tepuk/ peluk hp tu waktu tidur, sbb waktu hidup dia suka letak hp dia atas dada.Baju pun aku simpan 2-3 helai, lain dh bg pusat recycle.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.051852 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top