LONDON -- Lord Jacob Rothschild dilaporkan meninggal dunia pada usia 87 tahun, lapor The Independent. Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga mendiang dalam satu kenyataan pada hari ini. "Ayah kami Jacob merupakan individu yang telah memberikan sumbangan yang tinggi dalam masyarakat. "Mendiang seorang ahli perniagaan yang cemerlang, seorang pecinta seni dan budaya, seorang penjawat awam, seorang dermawan dalam kerja amal, seorang pencinta alam sekitar dan disayangi oleh rakan-rakan, ahli keluarga termasuk bapa dan datuknya. "Dia akan dikebumikan mengikut adat dalam satu upacara keluarga kecil. Manakala majlis memperingati mendiang akan dilakukan pada kemudian hari," maklum kenyataan tersebut. Sementara itu, dalam satu hantaran X (Twitter), Yayasan Rothschild dan Waddesdon Manor turut menzahirkan kesedihan di atas pemergian mendiang.
"Berita pemergian Lord Rothschild seorang ahli perniagaan, usahawan, dermawan dan pemimpin budaya sangat menyedihkan kami. "Mendiang akan sangat dirindui oleh ahli keluarganya, rakan sekerjanya dan rakan-rakannya," maklum hantaran tersebut. Mendiang telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Serena (meninggal pada 2019) dan mempunyai empat anak, Hannah, Beth, Emily dan Nat. Biografi Rothschild Dilahirkan di Berkshire, Tenggara England, Lord Rothschild mendapat pendidikan di Kolej Eton dan kemudian melanjutkan pelajaran sejarah di kolej Christ Church, Universiti Oxford. Bidang Kewangan Pada tahun 1963, mendiang memulakan kerjaya dalam perbankan di bank milik keluarganya. Pada 1980, Rothschild mula mengasaskan J Rothschild Assurance Group yang kini dikenali sebagai St James’s Place bersama Sir Mark Weinberg. Bukan itu sahaja, mendiang juga mengasaskan Windmill Hill Asset Management dalam menguruskan portfolio keluarga. Beliau pernah memegang jawatan termasuklah timbalan pengerusi di BSkyB Television dan juga pengerusi pemegang amanah di Galeri Negara. Selain itu, Rothschild merupakan pemegang jawatan pengerusi Saham Bursa London, RIT Capital Partners, salah satu syarikat pelaburan amanah terbesar di kota tersebut. Bidang Kebudayaan Sementara itu, mendiang juga aktif dalam bidang kebudayaan. Buktinya, Rothschild adalah pengerusi pemegang amanah di Galeri Nasional dan pengerusi Tabung Warisan Loteri Kebangsaan. Selain itu, beliau juga peminat dalam karya seni dengan memiliki pelbagai potret termasuklah milik Lucian Freud dan David Hockney. Bidang Kemanusian Dari sisi lain, Rothschild turut terlibat dalam bidang kemanusiaan seperti menguruskan portfolio dermawan keluarga di bawah Windmill Hill Asset Management selain menjadi pengerusi pemegang amanah untuk badan amal The Rothschild Foundation. Sumber: The Independent/SiakapKeli |
hyie replied at 29-2-2024 01:43 PM
keturunan diorang muka lonjong2 gitu kan...sama macam keturunan royal british.
Azharitubunga replied at 29-2-2024 02:02 PM
Sekaya dan berkuasa dia tak mampu beli nyawa kan?
hyie replied at 29-2-2024 01:43 PM
keturunan diorang muka lonjong2 gitu kan...sama macam keturunan royal british.
kucingitam replied at 29-2-2024 02:39 PM
maknanya yg depa kata bangsawan2 ini minum adrenochrome dr kanak2 utk terus hidup tu tak betul la ...
kucingitam replied at 29-2-2024 02:39 PM
maknanya yg depa kata bangsawan2 ini minum adrenochrome dr kanak2 utk terus hidup tu tak betul la ...
ADVERTISEMENT