Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed Amin Ouradji, yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad ini kini menjadi perhatian. Kekecohan berlaku selepas pendakwah bebas Caprice mendedahkan identiti sebenar Mawla. Namun dalam video yang tersebar di TikTok, ternyata Mawla juga mencuri perhatian netizen kerana mampu menguasai Bahasa Melayu serta mendapat pujian daripada peminatnya. Biarpun dia mula fasih berbahasa Melayu dan mendapat pujian peminat, bayangan tuduhan menipu identitinya turut menyelubungi kisah perjalanan hidupnya. Lihat video di bawah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @almustafa_publication
Di sebalik kontroversi yang melanda Mawla Amin, tidak dapat dinafikan dia mempunyai peminat setia yang memujinya. Namun, pujian ini kini diwarnai dengan ketidakpastian dan kecurigaan sejauh mana dakwaan ini. Dipetik dari BH, kerajaan Maghribi mengesahkan Mawla bukan warga negara itu. Kementerian Luar Maghribi menjelaskan, lelaki itu juga tidak mempunyai hubungan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad di negara itu. Tambah Kementerian Luar Maghribi, lagi Mawla disahkan dilahirkan di Algiers, Algeria pada 1984, sebelum berhijrah ke Perancis bersama keluarganya. Polis di Malaysia sedang memantau kegiatan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk operasi sebuah madrasah di Selangor, di mana dia dikesan cuba menyebarkan ajarannya. Sumber : Mawla AminMawla Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani / Murai.my |
ADVERTISEMENT