Selalu kita dengar jika individu berlaku curang, ia kerana atas faktor merasakan pasangan mempunyai kekurangan tetapi kali ini, luahan seorang wanita yang berlaku curang terhadap suaminya yang disifatkan ‘sempurna’ telah raih perhatian. Dalam screenshot NGL yang dimuat naik oleh seorang pengguna di platform X, wanita yang sebelum ini bergelar isteri kesal berlaku curang terhadap suami yang serba serbi sempurna sifatnya. Kata wanita itu, bekas suami seorang yang sangat matang dan sempurna, bahkan tidak pernah lupa memberi nafkah. Biarpun suami sempurna, satu hari, wanita tersebut berkata dia terlanjur bersama seorang lelaki yang dijumpai sewaktu keluar dengan rakan-rakan lain. Malah wanita tersebut akui berlaku curang tanpa pengetahuan suami selama setahun dan kantoi sewaktu bekas suami ternampak dirinya keluar dengan skandal. Kata wanita itu lagi, walaupun sudah bercerai, bekas suami tidak pernah culas bayar nafkah untuk dirinya dan dua orang anak. Sehingga ke hari ini bekas suami masih kekal positif dan meletak harapan agar dapat kembali bersama satu hari nanti. SUMBER : X/Beautifulnara |
Hoshhi replied at 28-2-2024 10:03 PM
Sempurna salah, tak sempurna pun salah
syamzana replied at 28-2-2024 10:41 PM
suka cari masalah...
dah hidup happy ape lagi yg kurang??
syamzana replied at 28-2-2024 10:41 PM
suka cari masalah...
dah hidup happy ape lagi yg kurang??
ADVERTISEMENT