CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Narendra Modi Pemimpin Dunia Paling Popular, Presiden Mexico Di Tempat Kedua

27-2-2024 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3830| Komen: 9

Description: NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi kekal mendominasi senarai pemimpin dunia paling popular selepas menerima undian kelulusan paling tinggi sebanyak 78 peratus, lapor laman berita Wion N ...



NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi kekal mendominasi senarai pemimpin dunia paling popular selepas menerima undian kelulusan paling tinggi sebanyak 78 peratus, lapor laman berita Wion News semalam.

Senarai itu disusun berdasarkan tinjauan dikenali sebagai ‘Pemerhati Penilaian Persetujuan Pemimpin Global’ yang dilakukan oleh agensi perisikan keputusan global, Morning Consult yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Kira-kira 17 peratus lagi responden menyatakan ketidaksetujuan terhadap kepimpinan Modi, manakala selebihnya mengelak daripada memberikan maklum balas.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berada di tempat kedua dengan undian  65 peratus, diikuti Presiden Argentina, Javier Milei di tempat ketiga susulan undian 63 peratus.

Presiden AS, Joe Biden bagaimanapun ketinggalan dengan margin yang besar. Beliau berada di tempat ke-11 dengan undian 37 peratus meluluskan kepimpinannya, manakala 55 peratus responden tidak bersetuju.


Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berada di kedudukan ke-17 dalam senarai sama, manakala Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berada di tempat ke-20. 

Mengikut laman web agensi itu, penilaian kelulusan terkini adalah berdasarkan data yang dikumpulkan dari 30 Januari hingga 5 Februari. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 27-2-2024 09:00 AM
Opkoz la dik.....Wion tu stesyen India. Ummah sane punye!
Cer tanyer Al Jazeera.. CNN.
Quote Decaffeinated 27-2-2024 12:21 PM
Nurdianah replied at 27-2-2024 09:00 AM
Opkoz la dik.....Wion tu stesyen India. Ummah sane punye!
Cer tanyer Al Jazeera.. CNN.
‘Pemerhati Penilaian Persetujuan Pemimpin Global’ yang dilakukan oleh agensi perisikan keputusan global, Morning Consult yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Wion tu pelapor ja.

Quote jejai 27-2-2024 09:16 PM
Pmx no berapa
Quote Ahriman 27-2-2024 09:59 PM
Ingat si Setanyahu mengungguli.
Quote sharlenetexas 27-2-2024 10:04 PM
Presiden mexico who ayuss? Tak kenal.


Quote tikusmontok 28-2-2024 04:20 AM
Pro yisrohell ni
Quote zorrro_03 28-2-2024 08:59 AM
zion punya kot.
Quote chinta89 28-2-2024 09:44 AM
yeke plg dikenali apesal aku pertaim dgr nama dia... ya ampun..

kalau terpaling popular Setanyahu n Bidengggg
Quote MissYouSayang 28-2-2024 09:50 AM
Nama bapok tua langsung takde..padahal gigih heols mengecam setanyahu depan2 kot. Pastu selalu dpt calling dr erdogan, putin, biden, tesla....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.102942 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top