View: 3796|Reply: 9
|
Narendra Modi Pemimpin Dunia Paling Popular, Presiden Mexico Di Tempat Kedua
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi kekal mendominasi senarai pemimpin dunia paling popular selepas menerima undian kelulusan paling tinggi sebanyak 78 peratus, lapor laman berita Wion News semalam.
Senarai itu disusun berdasarkan tinjauan dikenali sebagai ‘Pemerhati Penilaian Persetujuan Pemimpin Global’ yang dilakukan oleh agensi perisikan keputusan global, Morning Consult yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Kira-kira 17 peratus lagi responden menyatakan ketidaksetujuan terhadap kepimpinan Modi, manakala selebihnya mengelak daripada memberikan maklum balas.
Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berada di tempat kedua dengan undian 65 peratus, diikuti Presiden Argentina, Javier Milei di tempat ketiga susulan undian 63 peratus.
Presiden AS, Joe Biden bagaimanapun ketinggalan dengan margin yang besar. Beliau berada di tempat ke-11 dengan undian 37 peratus meluluskan kepimpinannya, manakala 55 peratus responden tidak bersetuju.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berada di kedudukan ke-17 dalam senarai sama, manakala Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berada di tempat ke-20.
Mengikut laman web agensi itu, penilaian kelulusan terkini adalah berdasarkan data yang dikumpulkan dari 30 Januari hingga 5 Februari. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
Opkoz la dik.....Wion tu stesyen India. Ummah sane punye!
Cer tanyer Al Jazeera.. CNN.
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Pemerhati Penilaian Persetujuan Pemimpin Global’ yang dilakukan oleh agensi perisikan keputusan global, Morning Consult yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Wion tu pelapor ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat si Setanyahu mengungguli. |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden mexico who ayuss? Tak kenal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pro yisrohell ni  |
|
|
|
|
|
|
|
yeke plg dikenali apesal aku pertaim dgr nama dia... ya ampun..
kalau terpaling popular Setanyahu n Bidengggg |
|
|
|
|
|
|
|
Nama bapok tua langsung takde..padahal gigih heols mengecam setanyahu depan2 kot. Pastu selalu dpt calling dr erdogan, putin, biden, tesla....  |
|
|
|
|
|
|
| |
|